PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei kekal cemerlang apabila berjaya layak ke pusingan kedua setelah menundukkan pemain Taipei, Hsueh Hsuan Yi pada Kejohanan Terbuka Korea 2012 semalam.
Jaguh badminton negara yang diletakkan sebagai pilihan pertama itu menewaskan Hsuan Yi di pusingan pertama tidak berdepan masalah dengan mencatat kemenangan 21-11, 21-16 dalam masa 33 minit.
Selepas ini, Chong Wei bakal berentap dengan pemain Korea, Wan Ho Shon pada pusingan kedua esok.
Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment