Model Proton baru yang bakal dikeluarkan awal tahun 2012 ini bukannya penganti proton persona seperti mana yang diperkatakan sebelum ini. Model ini hanya dikenali sebagai P3-21A buat masa ini. Rekabentuk yang lebih komersil dan berdaya saing ini menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia terutama peminat kereta jenama Proton. Paling ingin diketahui adalah harga pasaran model kereta ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat. Buat masa ini belum ada lagi harga yang rasmi untuk model ini cuma kedengaran khabar angin harga dalam lingkungan RM60,000 ke atas. Manakala Pelancaran model ini mungkin pada akhir bulan Febuari atau pada awal bulan Mac 2012.
Perubahan amat ketara dalam rekaan dashboard nampak mewah dan lebih cenderung kepada gaya rekaan Eropah. Kita boleh lihat ada push start button, paddle shifter dan steering wheel yang sama dengan Exora, namun sedikit berlainan pada susunan butang. Tombol gear CVT cukup mengujakan ditambah pula meter panel ada berlatar belakangkan merah.
Rekabentuk chasis yang seakan mirip persona adalah penyebab ramai mengatakan model adalah penganti model persona. Tapi sebenarnya ianya adalah model rekabentuk yang baru . Ciptaan kali ini merupakan 100% dibangunkan oleh proton dan bukannya seperti model Inspira sebelum ini yang menggunakan platform model mitsubishi lancer .
Rekaan bahagian hadapan yang lebih aero-denamik dan menepati citarasa masa kini sebagaimana model kereta jenama lain. Proton mengekal ciri pada bahagian bumper terutama lampu kabus di mana kedudukannya tidak berubah dengan model keluaran sebelum ini.
Dengan model P3-21A, masanya sudah tiba untuk Proton memperkenalkan kereta global yang bukan saja diterima di Malaysia atau peringkat serantau dan pasaran tertentu saja, tetapi kereta yang memenuhi standard negara maju serta menepati selera pembeli seluruh dunia.
Difahamkan juga model ini adalah daripada model Proton Tuah iaitu satu daripada kereta konsep yang ditampilkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS) akhir tahun lalu.
Model itu adalah kereta konsep sedan baru yang dikatakan bagi menggantikan pengeluaran kereta Proton Persona serta berada pada kelas sama seperti model kereta Toyota Corolla Altis atau Honda Civic.
Sumber (Kopi Pasta): 1proton
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment