Wojceich Szczesny berkata bahawa Arsenal amat memerlukan penjaring terhebat Thierry Henry untuk kembali beraksi untuk kelab utara London itu secepat mungkin.
Henry, 34, sudah pun bersetuju untuk kembali bermain untuk Arsenal di atas perjanjian pinjaman selama dua bulan dari pasukan Major League Soccer, New york Red Bulls. Perjanjian itu sedang menanti kata putus rasmi daripada pasukan New York Red Bulls dan penjaga gol Arsenal, Szczesny, berharap perjanjian itu dapat dimeterai dengan segera.
"Dia ada kualiti," katanya. "Dia mempunyai kehebatan untuk menjaringkan gol dan juga sangat bijak selain mempunyai keperibadian yang baik serta susuk tubuh yang sasa untuk berada di dalam bilik persalinan."
"Dia membantu pemain lain di dalam mahupun di luar padang, maka ianya sangat hebat jika dia turut berada di dalam bilik persalinan Arsenal. Semoga perjanjian itu dapat dimeterai secepat mungkin kerana kami amat memerlukan dia."
Arsene Wenger, sebaliknya berkata Henry mungkin tidak akan segera bermain untuk Arsenal atas sebab-sebab kecergasan namun beliau menegaskan Arsenal akan mendesak untuk memeterai perjanjian itu sebelum pusingan ketiga piala FA bermula di mana Arsenal akan bertemu Leeds United pada 9 Januari. - ESPN EMEA Ltd
Sumber (Kopi Pasta & Translation): ESPN
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment