Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Wednesday, January 4, 2012

Dua Atlet Sukan SEA Positif Dadah (myMetro)



DUA atlet negara yang meraih pingat pada temasya Sukan Sea Indonesia, November lalu menerusi acara olahraga dan angkat berat, didapati positif ujian doping sampel A.

Perkara itu disahkan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yang bagaimanapun enggan memaklumkan identiti atlet terbabit sehingga keputusan sampel B diketahui minggu depan.

Kok Chi ketika diminta mengulas mengesahkan pihaknya sudah menerima surat daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Indonesia (Inasoc) pada 21 Disember lalu dan hukuman akan dijatuhkan sejurus selepas keputusan sampel B dimaklumkan.

“Kedua-dua sampel itu kini diuji di India. Mereka perlu menunggu keputusannya dan sekiranya didapati bersalah menggunakan bahan terlarang, hukuman akan dijatuhkan.

“Bagaimanapun bentuk tindakan yang dikenakan hanya akan ditentukan badan sukan masing-masing dan MOM tidak mempunyai hak menjatuhkan hukuman ke atas atlet berkenaan sekiranya mereka memang didapati bersalah," katanya.

Pada temasya Sukan Sea lalu, Malaysia merangkul 59 emas, 50 perak dan 82 gangsa dan sekiranya didapati bersalah, jumlah itu pasti akan terjejas.

Kok Chi enggan mengulas lanjut mengenai latar belakang kedua-dua atlet itu dan hanya boleh mengumumkannya selepas mendapat keputusan sampel B.

Beliau turut melahirkan rasa terkejut apabila perkara ini tersebar begitu awal kerana ia sangat sulit dan surat itu hanya dihantar kepada MOM.

“Bagaimana ia boleh tersebar, saya sendiri tidak tahu. Surat itu hanya dihantar kepada MOM dan sangat sulit kerana selagi atlet itu belum lagi didapati bersalah kami masih lagi bertanggungjawab untuk melindungi mereka,” katanya.

Pada temasya lalu olahraga meraih enam emas, dua perak dan tiga gangsa manakala angkat berat membawa pulang satu perak dan dua gangsa.

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...