Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengetepikan kritikan terhadapnya oleh rakan dan bekas aktivis kuat pembangkang Raja Petra Kamarudin.
Sambil berkata beliau tidak selalu menjawab serangan sebegitu terhadapnya, Anwar mempersoalkan masa kenyataan itu dibuat, yang didakwa menjelang pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.
“Saya selalu tidak komen serangan begini…sama ada ada pilihanraya negeri Sarawak atau pilihanraya 2008 akan muncul orang dengan alasan mereka.
“Saya berkawan dengan dia dah lama. Tak pernah pula dia sebut ini pertama kali saya dengar, kata Anwar yang mendedahkan beliau sudah lebih enam bulan tidak berhubung dengan Raja Petra.
Beliau juga membangkitkan kritikan Raja Petra (atas, kanan) terhadapnya menjelang pilihan raya Sarawak sebelum ini yang dibuat dalam "media Umno".
Anwar berkata, walaupun sudah mengenali Raja Petra selama sepuluh tahun, penulis blog itu didakwa tidak pernah tampil bersemuka untuk membincangkan isu yang dibangkitkan baru-baru ini.
Beliau berkata hubungan akrab itu terputus setelah Raja Petra “menyokong” BN pada pilihanraya Sarawak.
Bercakap kepada beberapa media arus perdana terpilih, Raja Petra awal minggu ini berkata Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana rakyat tidak boleh menerima seorang gay sebagai pemimpin negara.
Raja Petra juga mempersoalkan rekod Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan selain mempertikaikan rasional lawatan-lawatan beliau ke luar negara.
Sumber (Kopi Pasta): Malaysia Kini
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment