Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Wednesday, January 4, 2012

Masjid Diroboh - Polis, Penduduk Bertempur di China (Agenda Daily)



Beratus-ratus penduduk Islam bertempur dengan polis yang yang bertindak merobohkan sebuah masjid di barat laut China semalam.

Menurut kumpulan hak asasi manusia dan sumber polis, beberapa orang cedera dalam kejadian itu.

Keganasan antara penduduk Islam tempatan dan kira-kira 1,000 anggota polis itu bermula selepas polis mengisytiharkan sebuah masjid yang baru dibina di wilayah autonomi Ningxia Hui sebagai haram dan bertindak untuk merobohkannya, kata Pusat Maklumat Bagi Hak Asasi Manusia dan Demokrasi di Hong Kong.

Menurutnya, dua orang terbunuh dan 50 cedera selepas polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan pisau serta belantan untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang terdiri daripada masyarakat Islam Hui di Kampung Taoshan di bandar Hexi.

Polis di bandar berkenaan yang dihubungi menerusi telefon, menafikan berlaku kematian.

Seorang anggota polis yang dikenali sebagai Ma mengesahkan masjid itu diroboh.

“Dua anggota polis dan dua penduduk kampung cedera sementara beberapa penduduk ditahan.

“Bagaimanapun, saya tidak tahu jumlahnya,” kata Ma.

Menurut kumpulan hak asasi manusia itu, masyarakat Islam dari Ningxia dan wilayah berhampiran, Gansu, menderma untuk membina masjid berkenaan. - AFP -3/1/2012

Sumber (Kopi Pasta): Agenda Daily
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...