Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Monday, December 19, 2011

Wawa - Bakat Baru Dari Lahad Datu Sabah (myMetro)



KEHADIRAN Nurhawa Zainal Abidin, 19, atau Wawa dalam dunia lakonan tanah air menambah lagi senarai bakat baru di dalam industri. Jika dibandingkan dengan pelakon zaman dulu, pelakon baru sekarang sangat bertuah.
Baru satu atau dua drama serta filem, mereka terus menjadi insan popular dan hidup mewah. Belum pun bakat mereka benar-benar diuji, sudah menjadi buruan produser dan pengarah. Wajah mereka terpampang di layar lebar.
Wawa antara lapisan baru yang diberi laluan mudah untuk bergelar anak seni.

Dengan hanya mengirim sekeping fotonya kepada syarikat produksi yang antara paling aktif menerbitkan drama dan filem, MIG Pictures, terus dia dilamar untuk menjadi warga seni syarikat itu. Wawa yang berasal dari Lahad Datu, Sabah, tidak pernah berlakon. Yang ada cuma minat mendalam untuk menjadi pelakon.
Namun dengan seraut wajah jelita, peluang bergelar pelakon terbentang luas di depan mata dan sekarang Wawa semakin aktif mencipta nama. Tidak mustahil, dengan bernaung di bawah syarikat segah MIG berserta kerja keras, namanya akan sebaris dengan pelakon jelita yang lain seperti Neelofa, Izara Aishah, Sara Ali, Anzalna, Faralyna dan Ramona Zam Zam.

Pada mulanya SELEBRITI sukar mengatur sesi fotografi dengan si jelita ini kerana waktunya padat. Namun dengan kerjasama MIG, mereka berusaha mencari sedikit ruang untuk ditemubual.

Ketika ini Wawa sibuk di lokasi filem Budak Pailang dan drama Kasih Emelda.
Kepada yang ingin menatap wajah Wawa, saksikan lakonannya dalam drama komedi remaja 13 episod berjudul Klik yang kini bersiaran di Astro Ceria, setiap Ahad, jam 10.30 pagi.

Selain Wawa, Klik diwarnai pelakon muda lain seperti Ariel Zafril, Erin Malek, Aren Yunus, Sashwin Raj, Fiffy Natasya, Jorrin atau Chee Ka-Yee, Fatin Nur Afeefah, Zalif Sidek dan Man Rahman.

Pada pertemuan itu, Wawa akui dia sangat bertuah apabila tauke MIG, David Teo sudi mengambilnya bernaung di bawah syarikatnya.

"Segala-galanya berlaku terlalu pantas. Saya sangat meminati filem diterbitkan MIG dan selalu mengikuti perkembangan MIG yang banyak menerbitkan drama dan filem.

'Saya juga melayari lama web MIG dan melihat nama besar yang menjadi artis MIG.
MIG juga aktif mengambil dan mengasuh bakat baru demi merancakkan lagi industri.

"Lalu saya terfikir kenapa saya tidak mencuba sesuatu, mana tahu ada rezeki saya untuk bersama syarikat itu, dan saya pun hantar gambar kepada MIG.

"Seminggu selepas itu, saya dipanggil ke Kuala Lumpur (KL) dan segala-galanya berubah dalam sekelip mata. KL kini 'rumah kedua' saya. Demi cita-cita, saya terpaksa berjauhan daripada keluarga.

"Selepas menandatangani kontrak lima tahun dengan MIG, saya terus dilamar berlakon dalam Klik. Peluang yang terbuka di depan mata ini akan saya gunakan sebaik mungkin dan saya sangat bersyukur kerana impian menjadi pelakon akhirnya tercapai," katanya.

Menurut Wawa, kali pertama berdepan lensa kamera di lokasi Klik, dia berasakan serba tidak kena dan tidak menjadi. Kaku dan gugup.

"Mana mahu ingat dialog dan beraksi depan kamera, dengan kru yang asyik memandang saya. Lemah lutut dibuatnya, tetapi dek kerana mahu sangat bergelar pelakon, saya berusaha mengatasi debaran itu. Selepas beberapa kali beraksi, saya makin selesa melakukannya.

"Watak pelajar sekolah bernama Amanda dalam Klik sesuai dengan saya yang baru dua tahun meninggalkan bangku sekolah. Kenangan sebagai pelajar sekolah masih terpahat di minda.

"Kenakalan rakan di sekolah dulu dan saya sendiri dapat diterjemahkan dengan baik di layar kaca. Watak Amanda adalah kayu pengukur kepada saya untuk berlakon dalam drama dan filem terbitan MIG seterusnya," katanya.

Menjadikan Que Haidar, Shaheizy Sam dan Erra Fazira sebagai idolanya, Wawa memasang harapan menjadi pelakon sehebat mereka. Dalam diam juga Wawa mahu berganding dengan mereka dalam drama atau filem.

"Memuja saja tidak cukup, saya mahu bekerja dengan mereka. Sampai sekarang Erra kekal sebagai 'Ratu Filem Melayu'. Pelapis yang ada perlu masa untuk mengambil tempatnya.

"Saya tahu mereka bekerja keras untuk berjaya dan serius menceburi dunia lakonan, sebab itu mereka boleh kekal lama dan terus mendapat sanjungan peminat," katanya.

Sewaktu di kampung dulu, tidurnya 'enak' tetapi kini banyak yang merubah rutin hariannya. Sebahagian besar masanya dihabiskan di lokasi penggambaran dan petang belum tentu ada di rumah.

"Saya terima perubahan itu dengan hati terbuka kerana saya yang memilih jalan ini. Tambahan saya masih bujang, jadi saya hanya fokus pada diri sendiri dan kerja.

"Kalau dulu cukup waktu, saya sudah tidur. Kini ada ketika orang sudah tidur, saya masih dalam perjalanan balik ke rumah. Pagi lagi saya sudah keluar. Memang letih, tetapi saya gembira dan sebaik tiba di lokasi, badan rasa segar. Biarpun penat, tetapi apabila saya buat perkara yang saya suka, saya tak akan merungut," katanya.

Disebabkan baru sekarang Wawa berpisah dengan keluarga, rasa rindu untuk bersama mereka selalu menerpa dalam mindanya.

"Saya cekalkan hati dan selalu ingat pesan ibu bapa supaya menjaga diri dan nama baik di tempat orang. Sesekali mereka datang menjenguk saya di KL, tetapi boleh dikatakan saya yang kerap balik ke Lahad Datu," katanya.

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...