KEJUARAAN Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS 2011, pelumba muda SuperSports 600cc negara, Hafizh Syahrin Abdullah. - Foto Rosli Rahmat
HAFIZH Syahrin Abdullah mencipta kejutan apabila muncul juara Perlumbaan 2 dan tempat ketiga pada Perlumbaan 1 kategori SuperSports 600cc di pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, semalam.
Penunggang PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline itu turut mencipta rekod tersendiri apabila muncul pelumba termuda memenangi perlumbaan kategori SuperSports 600cc pada usia 17 tahun.
Bermula di petak ketiga pada kedua-dua perlumbaan, Hafizh berlepas baik pada Perlumbaan 1 apabila mendahului kedudukan sehingga ke pusingan kelima sebelum dipintas pesaing terdekatnya, Mohd Zamri Baba dan pendahulu kejuaraan, Katsuaki Fujiwara.
Fujiwara (Manual Tech BEET Kawasaki Racing) tetap mempamerkan kehebatannya apabila melintasi garisan penamat sebagai pemenang dengan masa keseluruhan 32 minit 01.257 saat, diikuti Zamri (PETRONAS Yamaha Malaysia) manakala Hafizh di kedudukan ketiga (32:01.259s).
Pada Perlumbaan 2, giliran Hafizh mendominasi perlumbaan apabila menamatkan perlumbaan 15 pusingan itu tanpa memberikan peluang kepada lawan untuk memintasnya, sekali gus meraih kejayaan pertama kategori perdana itu selepas dua tahun mula beraksi apabila menamatkan saingan dengan masa 32:02.780s.
“Saya tidak sangka memenangi perlumbaan kedua kerana walaupun mendahului sebaik dilepaskan, Fujiwara dan Zamri sentiasa mengekori seperti Perlumbaan 1. Tetapi selepas lima pusingan, Zamri agak jauh di belakang dan saya terus mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan penamat,” kata Hafizh yang menamatkan saingan di tangga keempat keseluruhan dengan 135 mata.
Dalam kategori Underbone 115cc, pelumba Indonesia, Rafid Topan Sucipto (Yamaha CKJ TJM Racing) menamatkan saingan musim ini dengan cemerlang apabila meraih kemenangan berganda untuk dinobatkan juara keseluruhan dengan 268 mata.
Mohd Affendi Rosli (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) mengekalkan reputasi sebagai pelumba terbaik negara kategori itu apabila menamatkan saingan di tangga ketiga keseluruhan dengan 107 mata.
“Walaupun gagal menempatkan diri di kedudukan teratas, saya gembira kerana meraih kejayaan tangga ketiga ini. Sejak menjuarai kelas Underbone 115cc 2009, tiada pelumba negara yang mampu menempatkan diri di kelompok tiga teratas.”

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment