Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Monday, December 19, 2011

Anwar Enggan Bersumpah (Sinar Harian)



GEORGETOWN - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menyahut cabaran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersumpah laknat di masjid dengan memegang al-Quran berhubung kenyataannya mengenai bantuan kewangan daripada Bank Dunia.



Anwar turut menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkannya itu berdasarkan fakta dan laporan tahunan dikeluarkan Bank Dunia sendiri dan sumpah laknat seperti dicabar Dr Mahathir adalah tidak perlu dilakukan.


“Untuk apa bersumpah laknat? Ini soal rasuah, soal penipuan, soal jenayah, jawapan bukan dengan bersumpah. Kita tahu hukum mufti, ini bukan soal sumpah, soalnya bagi keterangan. Saya sudah keluarkan laporan Bank Dunia yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar PKR untuk tahun 1999 dan 2000. Ini adalah laporan daripada Bank Dunia sendiri yang mengesah­kan kelulusan atas permohonan Kerajaan Malaysia.

“Oleh itu, dengan laporan itu dan bukti yang didedah­kan, saya tidak perlu melakukan sumpah laknat sebagaimana yang diminta Dr Mahathir,” katanya di Konvensyen Pembangunan Ummah Pulau Pinang.

Kelmarin, Dr Mahathir meminta Anwar mengemukakan surat yang konon ditulisnya selain menafikan bahawa beliau tidak pernah berbuat demikian serta mencabar melakukan sumpah laknat memegang al-Quran.

Menjawab soalan media berhubung Dr Mahathir ada memintanya menunjukkan surat yang kononnya ditulis Dr Mahathir kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999, Anwar berkata, itu hanya helah semata-mata.

“Bukti ada, fakta pun ada. Nak cari surat dihantar kerajaan, ini hanya helah sajalah. Mana saya ada simpan fail atau surat. Kalau saya bawa keluar nanti kena dakwa Akta Rahsia Rasmi (OSA) pula. Sekarang ini, buktinya ialah rekod kenyataan Bank Dunia, segala laporan tahunan, apa bentuk pinjaman kepada kerajaan dari 1999 dan beri­kutnya,” katanya.

Khamis lalu, Anwar mendakwa Dr Mahathir ada menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan dana ketika negara mengalami krisis kewangan 1999.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam satu majlis makan malam bagi membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Dalam ucapannya, Anwar berkata, pada 1993, Dr Mahathir pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

Bagaimanapun, pada 1999, Dr Mahathir dikatakan menulis surat kembali bagi merayu dana dan pinjaman.


Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...