Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Monday, December 19, 2011

Saya Perkenal AUKU Kata Tun M (Sinar Harian)



SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan jika hari ini penuntut universiti lebih dewasa dan bertanggungjawab, batalkan sahaja Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku). Dr Mahathir mengakui beliaulah yang memperkenalkan Auku semasa menjadi Menteri Pelajaran. Menurutnya, penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapatnya kerana penuntut Melayu amat marah mengenai Auku.


“Saya rela dimarahi sesiapa sahaja, tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan Auku."

“Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya,” katanya yang dipetik dari laman blognya, chedet.cc/blog pada 2008. Menurutnya, pengorbanan dipohon daripada penuntut hanya sedikit. Masa menuntut tidak begitu lama, hanya tiga atau empat tahun.

“Setelah lulus, tumpukan sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika menjadi minat utama kerana pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh sendiri. “Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik lebih baik,” katanya.

Beliau berkata, jika kita sanggup menghabiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela menggunakan duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar. “Maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita,” katanya.

Menurutnya, penuntut Melayu berminat de­ngan kegiatan politik dan suka melibatkan diri dengan demons­trasi jalanan serta aktiviti politik lain yang mengambil masa mereka di universiti. “Tindakan sedemikian menyebabkan tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang dan ianya merugikan mereka dan masya­rakat Melayu jika mereka gagal. “Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka menjadi kurang berpengetahuan dalam bidang politik. Tidak juga,” katanya.

Dr Mahathir menegaskan, mereka boleh adakan forum perbahasan dalaman antara universiti dan mendapatkan pakar yang tidak mempunyai kepentingan politik untuk memberi syarahan dan sesi soal jawab. “Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti berparti, mereka boleh menguasai dan memahami politik. “Kegiatan seperti ini, tidak memisahkan mereka daripada menumpukan masa me­nguasai ilmu,” katanya.

Beliau berkata, harus di­ingat bahawa pembiayaan bagi setiap penuntut sama ada yang mendapat biasiswa atau tidak, datang daripada duit rak­yat. Duit itu disalurkan de­ngan rela hati kepada mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut mereka yang akan menjamin masa depan cerah bagi mereka. “Jika dilihat selepas 15 tahun merdeka, bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai terutamanya Melayu. "Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain- lain ahli profesional adalah kecil dan ia amat menyedihkan,” katanya.

Menurutnya, setelah Da­sar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan, maka jumlah penuntut di tiga universiti tempatan sudah bertambah. Ttetapi kemasukan sahaja tidak dapat menambah jumlah Melayu berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperoleh ijazah.

“Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai pe­nuntut Melayu dan Bumi­putera lain hanya diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu,” katanya.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...