Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Friday, January 6, 2012

Sari Yanti Positif! (Sinar Harian)



Saban hari, industri seni semakin dihujani dengan muka-muka baru. Lihat saja nama-nama seperti Neelofa, Anzalna, Izara Aishah dan Tasha Shila yang semakin mendapat perhatian pengarah dan penerbit tempatan. Malah wajah mereka sering menghiasi kaca televisyen dengan pelbagai drama, baik yang sedang ditayangkan, mahupun dalam penggambaran. Namun bagi pelakon kecil molek ini, ia bukanlah penghalang untuknya terus berkecimpung dalam dunia seni.

Melihat kemunculan muka-muka baru dari sudut positif, Sari Yanti Mohamad Nazari atau lebih mesra disapa Sari, berkata, kehadiran mereka merancakkan lagi industri hiburan tanahair, selain memberikan saingan positif kepada pelakon sedia ada.

Tidak menafikan perlu lebih bekerja keras, Sari bagaimanapun bersyukur kerana bakatnya masih diperlukan dalam industri ini. Malah rezekinya dalam lakonan sentiasa ada. Dia yang baru saja melahirkan anak kedua, kini sedang menjalani sesi penggambaran drama, Best Friend Forever untuk TV3.

“Saya baru sahaja mula menjalani penggambaran untuk drama ini sejak bercuti daripada bersalin dan ini adalah lakonan kali pertama saya terima setelah selesai berpantang.

“Dalam drama ini saya memegang watak sebagai Shahida dan secara keseluruhannya ia mengisahkan mengenai pengorbanan perhubungan sahabat,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai wataknya dalam drama itu, Sari berkata, wataknya itu tidak terlalu memberi cabaran kerana ia seperti kehidupan sebenar.

“Jika diberi peluang, saya mahu melakonkan watak yang lebih mencabar. Misalnya, watak seorang perempuan yang mengalami tekanan jiwa kerana ia mampu memperbaiki kualiti lakonan saya menjadi lebih baik.

“Saya mahu menjadi seorang pelakon yang versatil yang mampu melakonkan apa sahaja watak yang diberikan untuk menjayakan sesebuah drama mahupun filem,” katanya popular dengan drama Kisah Kaisara.


Mahu keluarga dan karier seimbang

Sebagai ibu kepada dua cahaya mata, Barr Al Aliy, 2, dan Basit al-Haq, yang baru berusia tiga bulan, Sari mahu memberi lebih perhatian kepada keluarga. Namun dalam masa sama, dia juga ingin mengembangkan lagi bakat lakonannya ke peringkat yang lebih tinggi.

“Walaupun saya bekerja keras untuk mengembangkan karier sebagai seorang pelakon ke peringkat yang lebih tinggi, pada masa sama, saya tidak mahu melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri dalam keluarga.

“Saya mahu kedua-duanya berjalan seiring walaupun kadangkala saya terpaksa berkorban dan mengharungi cabaran dalam menempah nama dalam industri seni tanahair,” katanya.

Dalam memasang impian, Sari harus bijak membahagikan masa memandangkan anak-anaknya masih kecil, jadi Sari bersikap lebih selektif menerima tawaran lakonan.

“Buat masa ini saya dibantu oleh ibu untuk menjaga anak-anak sementara saya menjalani sesi penggambaran dan jadual tidaklah padat kerana saya masih mempunyai waktu untuk diluangkan bersama keluarga.

“Saya amat bersyukur keluarga masih menyokong dan memahami karier saya sebagai seorang pelakon. Oleh itu, saya tidak mahu menghampakan mereka dan melakukannya dengan penuh semangat,” katanya.


Azam 2012

Sama seperti insan lain, aktres ini juga berazam mahukan kehidupan lebih baik pada tahun 2012.

“Saya mahu kembangkan bakat lakonan yang ada sehingga ke peringkat yang tertinggi dan pengalaman lepas akan dijadikan sebagai panduan untuk saya menjadi seorang pelakon yang berkualiti,” katanya.

Jelas Sari, dia juga bersyukur dikurniakan keluarga bahagia. Selain memiliki dua anak yang sihat, dia juga gembira dikurniakan suami, Mohd Eddy yang sangat memahami.

"Seperti orang lain, saya juga mengharapkan rumahtangga yang dibina semakin bahagia. Suami tidak pernah menghalang saya teruskan karier seni, asalkan saya tahu membahagikan masa sebaiknya," katanya.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...