Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Friday, January 6, 2012

Kek Kukus Hati Pari (resepi4u)



Kek Hati Pari adalah salah satu kek tradisional Sarawak yang lazat. Bahan-bahannya mudah tetapi penyediaannya makan masa.

Bahan-bahan:
9 gelas tepung gandum 
3 sdt soda bikarbonat 
600 g kismis hitam 
16 oz mentega
½ tin susu pekat manis
6 biji telur gred A 
4 biji kuning telur gred A
8 sb gula hitam/brown sugar 
4 gelas gula halus (boleh kurangkan 1/2 gelas lg jika x suke manis - tp dyg dh kurangkan sukatan ni. resepi asal: 6 gelas) 

Cara Penyediaan: 

Panaskan pengukus. Gris loyang kek 9” dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung.

Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Ketepikan.

Hiris halus atau tumbuk kismis hitam. Ambil segelas tepung gandum yang telah diayak dan gaul bersama kismis. Ketepikan. 

Masukkan mentega dan susu ke dalam mangkuk adunan, putar sehingga putih. Ketepikan.

Masukkan telur, kuning telur dan gula ke dalam mangkuk adunan lain, putar hingga kembang dan berkrim. 

Satukan kedua-dua adunan yang telah diputar dan putar bersama sehingga sebati. 

Masukkan baki tepung (8 gelas) ke dalam adunan yang telah sebati dan gaul hingga mesra.

Masukkan gula hitam/brown sugar dan gaul lagi hingga sebati. 

Akhir sekali, masukkan kismis yang telahh digaul tepung dan gaul lagi hingga rata. 

Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah digris dan tutup kemas dgn kerajang aluminium (untuk elakkan air kukusan masuk ke dalam kek).
Masukkan loyang ke dalam pengukus. Kukus selama 8 jam dengan api sederhana. 

Periksa pengukus setiap sejam. Tambahkan air panas/air suam pada kukusan jika air berkurangan. 

Untuk kek tahan lebih lama, bakar kek selama 10-15 minit pada suhu 170C. 

Sejukkan kek sebelum dihidangkan. 

Sumber (Kopi Pasta): resepi4u
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...