Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Friday, January 6, 2012

Green Apple Tawar Pelbagai Gajet (Sinar Harian)



Hanya bermodalkan RM2,000, tanpa sebarang bantuan kewangan dan pe­ngalaman, tidak menjadi penghalang kepada seorang pendidik menjalankan pernia­gaan secara atas talian.

Pasaran penjualan gajet dalam negara kita yang semakin meningkat mendorong Nursazrena Idazi Zainal Abidin, 26, memilih produk tersebut bagi menjana pendapatan sampingan.

Berbeza dengan individu lain, dia yang lebih mesra disapa sebagai Reen ketika ditemu bual berkata, kewujudan pelbagai jenis gajet dalam pasaran tempatan bahkan antarabangsa bukan sahaja menjadi platform memanfaatkan pengguna, tetapi membuka peluang kepada umum menambah pendapatan.

Menyedari hakikat itu, Reen menjadikan sumber perniagaan atas talian sebagai platform mencari rezeki walaupun sudah mempu­nyai pekerjaan yang stabil. Wartawan Nurainn Azhar menyingkap pengalaman dan cabaran yang ditempuhinya sepanjang menjalankan pernigaan menerusi laman sosial Facebook dengan menggunakan nama Green Apple.


Tempahan permulaan mencecah 15 unit

Green Apple dipilih kerana mempunyai keunikan dan tarikannya yang tersendiri, secara tidak langsung nama itu mampu menarik perhatian umum setiap kali mereka melayari Facebook.

Tidak mudah bagi pendatang baru sepertinya menjual produk secara alam maya, ia jelas terbukti apabila pencapaian jualan bagi tiga bulan pertama mencecah 15 unit.

Reen berkata, pelbagai inisiatif dan mekanisme dilakukan bagi menstabilkan perniagaan. Berkat kesabarannya selepas tiga bulan, jumlah jualan setiap bulan mampu mencecah sehingga 50 unit.

“Pelbagai barangan ditawarkan kepada pelanggan termasuk Tablet PC berjenama Huawei Ideos, ZTE Light, Jeftech, Flytouch dan Netpad, MP3, Speaker Pillow serta Wifi booster.

“Pelanggan boleh melayari Fecebook untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai produk baru yang dijual, malah kaedah komunikasi juga digunakan dengan cara sama,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya selain Facebook, laman sesawang mydeal.com.my juga menjadi taruhannya untuk menguar-uarkan produk.


Gajet produk bermusim

Menurut Reen, melihat kepada kemajuan dalam bidang teknologi dan inovasi, perkembangan serta pengelua­ran gajet baru berlaku de­ngan pantas dan ia boleh digelar sebagai produk bermusim.

“Tidak dinafikan, setiap jenis gajet dijual mempunyai jangka hayat tersendiri dan pastinya dalam masa enam bulan terdapat pelancaran produk baru daripada syarikat telekomunikasi.

“Risiko yang terpaksa dihadapi termasuk apabila produk sedia ada masih belum habis dijual. Tetapi selama setahun menceburkan diri dalam bidang ini, saya tidak pernah mengalami masalah tersebut,” katanya.

Reen berkata, pengambilan stok gajet itu melibatkan pembekal tempatan dan antarabangsa bergantung kepada produk diinginkan. Sebagai contoh, tambahan stok bagi Tablet PC ditempah sebanyak 50 unit bagi memudahkan pelanggan membelinya pada bila-bila masa.

Menurutnya, selain promosi, harga yang ditawarkan kepada pelanggan adalah lebih rendah berbanding kedai alat telekomunikasi lain berdasarkan strategi pemasaran bagi mengatasi krisis pengurusan antara pesaing lain.


Hantar guna pos laju

Reen berkata, Tablet PC, Speaker Pillow dan MP3 menjadi produk pilihan kebanyakan pelanggan. Setiap produk dibeli mempunyai jaminan mengikut kesesuaian, malah pelanggan boleh memulangkan semula barang itu sekiranya terdapat kerosakan ketika menerimanya.

“Caj penghantaran me­lalui pos laju akan dikenakan kepada pelanggan berdasarkan berat produk. Setiap satu kilogram dan ke atas dikenakan sebanyak RM10 kepada pelanggan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Sebagai tanda penghargaan, pada musim perayaan kami akan menawarkan promosi kepada pelanggan tanpa dikenakan caj penghantaran,” katanya.

Menurutnya, bagi pelanggan di Semenanjung Malaysia, produk akan diterima sehari selepas penghantaran dilakukan sebaliknya dua hingga tiga hari untuk tempahan pelanggan di Sabah dan Sarawak.


Perolehan cecah RM5,000 sebulan

Menurut Reen, selama setahun menjalankan perniagaan gajet, penerimaan orang ramai memberang­sangkan malah permintaannya semakin meningkat terutama dalam kalangan belia walaupun modelnya sentiasa berubah dari masa ke masa.

Katanya, dia menjadi peniaga pertama yang menjual produk Speaker Pillow di Malaysia. Sehingga kini, dianggarkan sebanyak 100 unit produk dijual setiap bulan dengan purata perolehan pula mencecah RM5,000.

“Pelanggan saya terdiri daripada pelbagai peringkat usia, malah ada antara mereka menjadi sumber inspirasi bagi menampilkan produk baru serta lain daripada lain.

“Sesetengah pelanggan memberi idea mengenai produk baru. Saya akan cuba mencarinya melalui pembekal dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya.


Tidak pernah ditipu

Reen berkata, walaupun pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dihadapi, kesukaran paling besar adalah kekurangan modal sehingga terpaksa menggunakan wang perbelanjaan sendiri berikutan permintaan terlalu tinggi.

Menurutnya, walaupun begitu, dia tetap bersyukur kerana sepanjang menjalankan perniagaan itu dia masih belum pernah ditipu pembekal atau pelanggan dan sehingga kini sentiasa mengamalkan sikap berwaspada.

“Perancangan yang diimpikan dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang pastinya ingin membuka sebuah kedai gajet bagi memudahkan pelanggan melihat sendiri setiap produk ditawarkan kepada mereka,” katanya.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

2 comments:

Kak Mahh said...

Suka tengok pelbagai gadget

One Sensei said...

@kak mah

Memang best kumpul gadget ni..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...