SESI latihan skuad Sabah di Kampus Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Kota Kinabalu, petang semalam. |
Hanya dua aksi persahabatan kelas satu menjelang liga
KEKUATAN sebenar skuad Sabah terus menjadi tanda tanya buat pasukan di Semenanjung menjelang sepak mula Liga Super 2012, Selasa ini.
Tidak seperti pasukan lain, skuad bergelar Sabahawks itu hanya mengadakan dua perlawanan pramusim menentang pasukan Liga-M iaitu Sarawak di Kuching pada 20 Disember (kalah 0-1) dan 22 Disember lalu (seri 0-0).
Selebihnya Sabah dilihat begitu mudah membelasah kelab tempatan di negeri itu dan terbaru membenam skuad B-23 Brunei 4-0, petang kelmarin hasil jaringan Bobby Gonzales, Shahrudin Yakup, Jufery Omopor dan Razlan Oto.
Menurut Jurulatih Sabah, Justin Ganai, ia bukan jaminan mereka mendabik dada kerana prestasi pada dua aksi sulung Liga Super bertemu FELDA United di Stadium Hang Jebat, Melaka, Selasa ini dan Sarawak di Stadium Likas, Sabtu depan adalah lebih penting.
“Persiapan pra musim kami memang awal iaitu sejak November lalu dan dua pemain import dari Australia (Brendan Gan dan Michael Baird) juga sudah bersama kami lebih sebulan. Cuma kami tak dapat menguji pasukan Liga Super atau Liga Perdana yang lain sewaktu aksi pramusim.
"Jadi dua aksi sulung Liga Super itu bakal menjadi penanda aras sebenar. Sasaran musim ini adalah untuk menamatkan saingan lebih baik daripada tempat ke-10, musim lalu,” kata Justin.
Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment