LUNA Maya kelihatan lebih segar dengan gaya rambut pendek.
JAKARTA: Sudah beberapa bulan berlalu setelah berita mengenai Luna Maya dikatakan putus hubungan cinta dengan Ariel.
Dan sehingga kini, kedua-dua mereka masih belum mengesahkan berita itu.
Namun begitu, Pengurus Luna Maya, Vitalia Ramona menolak berita itu.
Katanya, Luna jarang menjenguk Ariel di penjara di Kebon Waru bukan bermakna hubungan mereka sudah putus.
Kini, tersebar pula khabar angin mengatakan yang Luna sudah bernikah dengan Ariel.
Upacara pernikahan itu dikatakan telah dibuat di penjara yang terletak di Bandung itu.
Luna Maya yang ditemui pada pratonton media untuk filem terbarunya ‘My Blacberry Girlfriend’ di FX Plaza di Jakarta Selatan semalam, enggan menjawab soalan yang diajukan.
“Kalau mengenai perkara luar filem, saya tidak mahu jawab,” kata Luna.
“Tidak ada khabar apa-apa. Semua itu hanya gurauan pihak wartawan,” katanya lagi.
Sejak kebelakangan ini, tubuh Luna juga kelihatan lebih berisi dan wanita yang berusia 28 tahun itu turut mengakuinya tetapi tidak mahu terlalu memikirkan mengenai masalah berat badan.
“Saya memang suka makan dan tidak mahu memikirkan soal badan,” katanya.
Luna yang kini berambut pendek mengaku dia kelihatan lebih berisi kerana gaya rambut terbarunya itu.
“Mungkin sebab rambut saya sudah pendek,” katanya.
Setelah bertahun-tahun mengekalkan rambut panjang, Luna membuat keputusan memotong pendek rambutnya. Biarpun kelihatan lebih berisi, dia tampak lebih segar.
Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment