Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Friday, December 23, 2011

Pelajar Harus Manfaat Peluang - Najib (Berita Harian)

Najib mahu graduan pelbagaikan ilmu, raih pengalaman jadi pemimpin

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengingatkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), khususnya Universiti Malaya (UM), di sini supaya memanfaatkan peluang menjejakkan kaki di menara gading untuk menimba sebanyak mungkin ilmu, selain meraih pengalaman menjadi pemimpin.
Perdana Menteri mahu mereka menjadikan tempoh pengajian sebagai landasan untuk memiliki ilmu dalam pelbagai bidang, selain mengasah bakat kepemimpinan dalam organisasi yang bakal memberikan manfaat selepas meninggalkan alam pengajian.

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM, Mohd Syahid Mohd Zaini, berkata aspek berkenaan dinyatakan Perdana Menteri bagi memastikan penuntut IPTA bukan setakat memiliki ilmu ketika menghabiskan antara tiga hingga lima tahun di IPTA, malah mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara selepas memasuki alam pekerjaan.

“Perdana Menteri mahu kami memberikan tumpuan kepada pengajian sambil tidak mengabaikan aspek menimba pengalaman dalam menganjurkan pelbagai aktiviti dalam kampus,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui selepas menikmati minum petang Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) bersama Najib di Kompleks Perdana Siswa UM, di sini.

Najib menghabiskan kira-kira setengah jam beramah mesra dengan Mohd Syahid dan 12 Presiden Kolej UM selepas melakukan tinjauan mesra di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Koperasi Kedai Buku UM.

Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin.

Mohd Syahid berkata, MPP UM juga mencadangkan supaya MR1M dan KR1M diperluas ke 12 kolej kediaman dan 16 fakulti di kampus berkenaan bagi memberi peluang kepada lebih ramai penuntut menikmati makanan dan barangan pada harga rendah.

Sementara itu, Ismail berkata, kementerian berkenaan bercadang memperluas KR1M dan MR1M di seluruh 17 IPTA di seluruh negara menjelang awal tahun depan bagi meringankan beban penuntut IPTA menanggung kos sara hidup.

“Penuntut adalah golongan tidak berpendapatan. Kos sara hidup menggugat perbelanjaan mereka. Kita rancang buka KR1M dan MR1M di seluruh IPTA.

“UM universiti pertama yang membuka KR1M dan MR1M. Ia akan diperluas ke kolej kediaman dan fakulti.

Bagaimanapun, penuntut IPTA tidak memerlukan 250 barangan KR1M. Mungkin di sini hanya perlu 100 lebih barangan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini ada 187 kedai di seluruh negara yang menyediakan produk KR1M, sejajar hasrat kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan barangan berkenaan dinikmati rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...