Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Friday, December 23, 2011

Dadah 4.15kg Dalam Bagasi Warga Kemboja, Nigeria (myMetro)


SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mematahkan dua cubaan penyeludupan dadah seberat 4.15 kilogram yang bernilai RM1.037 juta.

Pengarah Kastam KLIA, Datuk M Govinden berkata wanita Kemboja, 39, dan pelajar Nigeria, 26, ditahan di Terminal Utama KLIA pada 4.30 pagi dan 6 petang pada Rabu lalu.

"Ini merupakan kali pertama warga Kemboja ditahan kerana cuba menyeludup dadah di KLIA," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam tangkapan pertama pada 4.30 pagi, Govinden berkata wanita Kemboja yang menaiki pesawat dari Dhaka-Kuala Lumpur menyorok dadah seberat 3.1 kg yang bernilai RM775,000 dalam beg bagasi tarik yang direka khas untuk menyorok dadah.

Semasa pemeriksaan, beliau berkata pegawai Bahagian Penguatkuasaan JKDM turut menemui dua 'kasut wedges' yang mana apabila dikopek didapati tersorok satu bungkusan dadah jenis Methamphetamine (syabu).

Dalam tangkapan kedua pada 6 petang, Govinden berkata JKDM menahan seorang lelaki Nigeria yang ditawar belajar Bahasa Inggeris selama setahun di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

Beliau berkata pelajar yang menaiki pesawat dari Lagos-Doha-Kuala Lumpur itu cuba menyeludup dadah jenis Methamphetamine (syabu) seberat 3.1 kilogram dalam beg bagasi tariknya.

"Bagasi milik pelajar itu didapati meragukan ketika diimbas. Apabila pemeriksaan dilakukan, kami mendapati terdapat satu ruangan rahsia yang direka khusus dan selepas dibuka dan diperiksa, kami mendapati 1.05 kilogram dadah jenis Methamphetamine (Syabu) yang bernilai RM262,500," katanya.

"Pelajar itu ditawar belajar selama setahun di sini namun tiket penerbangan balik ialah Isnin depan (26 Disember). Suspek mengambil kesempatan ini untuk terlibat dalam penyeludupan dadah di sini," katanya.

Pada tahun ini, Govinden berkata JKDM KLIA berjaya mematahkan 41 kes penyeludupan dadah yang membabitkan 200 kilogram dadah yang bernilai RM40 juta dan menahan 23 individu, termasuk tiga wanita. - Bernama

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...