Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Sunday, December 18, 2011

Aura Bintang Baru Jepun (myMetro)


Hiroki Sakai


KETIKA Neymar mendapat liputan meluas Piala Kelab Dunia de�ngan bakat menakjubkan serta gaya rambut barunya, beberapa bintang muda lain perlahan-lahan membina reputasi mereka.
Pemain Brazil berusia 19 tahun itu meledakkan jaringan untuk mendahului 1-0 ke atas Kashiwa Reysol, Rabu lalu tetapi pertahanan pasukan juara Jepun itu menerima lebih perhatian pada sidang media selepas perlawanan.

Hiroki Sakai (gambar), 21, Pemain Remaja Tahunan Liga J menjaringkan gol tunggal ketika pasukan mereka tewas 1-3, menerusi tandukan dari sudut gawang lawan, malah beraksi berani selaku menyerang dan turut berusaha mempertahankan Kashiwa.


Pemain yang dibandingkan dengan pertahanan Barcelona, Dani Alves, turut menarik minat Santos, biarpun sebelum perlawanan kedua-dua pasukan di Toyota.

Jurulatih Santos, Muricy Ramalho eng�gan mengatakan sama ada pasukan juara Amerika Selatan itu akan cuba mendapatkan pemain remaja itu tetapi banyak yang diketahuinya mengenai pemain berusia 22 tahun itu, bermakna beliau sudah lama memerhatikan perkembangan pemain itu.
"Dia seorang pemain muda dan pendatang baru," kata Ramalho. "Ia tahun pertamanya dalam Liga J. Anda perlu bersabar dan dia akan menjadi pemain lebih baik pada masa depan."

Sakai, seperti juga rakan sepasukannya, Akimi Barada, pemain muda berusia 20 tahun itu adalah produk sistem akademi remaja pasukan juara Liga-J itu.

Dalam perlawanan sama juga, muncul seorang lagi pertahanan muda berbakat yang mula mendapat perhatian dunia.

Danilo melakukan sepakan percuma yang melepasi pertahanan Kashiwa dan penjaga gol Takanori Sugeno, membolehkan Santos mendahului 3-1.

Seperti juga Sakai, Danilo, 20 boleh beraksi di bahagian pertahanan atau tengah disifatkan pemain terbaik perlawanan ketika Santos bersedia untuk perlawanan akhir menentang Barcelona.

Begitupun kemahiran yang dimiliki�nya, menarik perhatian Ramalho pada musim pertamanya di Santos, hingga meyakinkan Porto bagi membelanjakan 13 juta Euro (RM 53.9 juta) bagi mendapatkan pemain itu untuk beraksi di Portugal pula.

Seorang lagi pemain yang mencuri perhatian di Jepun adalah Youssef Msakni dari Tunisia, iaitu antara pemain Esperance yang menyerlah dalam kejohanan antara benua itu, sekali gus menaikkan reputasi mereka.

Pemain sayap atau pemain tengah menyerang berbakat itu tidak menjaringkan gol ketika Esperance tewas 1-2 kepada Al Sadd dan kemudiannya 2-3 kepada Monterrey dari Mexico, tetapi ia cukup untuk membuktikan keupayaan pemain Tunisia itu.

Pemain berusia 21 tahun itu yang kini mewakili skuad kebangsaan Tunisia, memberi cabaran buat pasukan Qatar terutamanya pada separuh masa pertama.

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...