MANTIN: Sikap segelintir Awang Hitam dari Afrika yang berlagak bagaikan ‘raja’ di Nilai, Lenggeng, dan Pajam, dekat sini, semakin menimbulkan keresahan penduduk tempatan
Mereka yang sebahagian besar menuntut di beberapa kolej swasta di situ semakin ramai sehingga kawasan terbabit seolah-olah perkampungan ‘Mini Afrika’.
Penduduk tempatan berasa amat tercabar dan terancam apabila ada di kalangan Awang Hitam terbabit berani mengusik gadis tempatan serta melepak sesuka hati di kawasan awam sehingga lewat malam.
Tinjauan Metroplus mendapati, beberapa restoran di daerah ini dipenuhi warga Afrika yang berpeleseran sambil minum arak, termasuk di bahagian luar premis.
Ada juga beberapa wanita tempatan melayan warga Afrika terbabit selain wanita senegara mereka.
Bagi pesara, Zaharin Osman, 57, dia beberapa kali pernah melihat beberapa gadis tempatan bersama Awang Hitam berpelukan seolah-olah tidak segan dengan masyarakat setempat.
“Apa yang boleh saya tafsirkan ialah kadang-kadang wanita kita yang mengada-ngada, bila berdamping dengan warga Afrika itu berjalan mendabik dada sebab kononnya hebat kerana mendampingi golongan itu.
“Saya hairan, malah malu melihat gejala ini makin berleluasa di kalangan masyarakat kita. Bukan cinta yang dicari, tetapi kekayaan yang lebih dikejar.
Saya berharap wanita tempatan mengambil iktibar apa yang terjadi dengan mereka yang terperangkap di China, Brazil sebagai keldai dadah,” katanya.
Suri rumah, Zaleha Adam, 53, berkata dia sedih apabila rakannya meninggal dunia akibat dilanggar warga Afrika ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Rawa Tengah, Lenggeng, di sini, dua bulan lalu.
“Mereka kurang ajar kerana sepatutnya apabila melalui kawasan kampung mereka perlu memperlahankan kenderaan, tapi mereka semakin laju memandu,” katanya.
Menceritakan detik tragis itu, Zaleha berkata, rakannya maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang dirempuh Perodua Myvi dinaiki tiga penuntut asing sebuah kolej swasta di daerah ini.
“Ketika itu arwah dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Rawa Tengah, Lenggeng, di sini, untuk makan malam sebelum memulakan syif baru jam 7 malam sebagai pengawal keselamatan di Batang Benar, Nilai, namun tidak sempat selepas dilanggar warga asing itu di Jalan Mantin-Nilai.
“Saya berharap pihak berkuasa kerap melakukan pemantauan di kawasan ini bagi menjamin keselamatan penduduk kampung yang rata-rata bimbang dengan kehadiran ‘penumpang’ ini.
“Saya juga mencadangkan kerajaan mengambil langkah proaktif dengan mencontohi syarat ketat yang dikuatkuasakan negara lain dalam membenarkan pelajar asing menuntut ilmu di negara mereka,” katanya.
Menurut peniaga, Sham Suhaimi Sharin, 33, dia berasa kurang selesa dengan kehadiran ramai warga Afrika yang majoritinya menguasai kawasan di daerah ini.
“Pemandangan biasa bagi penduduk di kampung ini jika melihat wanita kita berkepit dengan Mat Afrika berkenaan, malah tidak segan silu makan bersuap di khalayak ramai,” katanya.
Beliau berkata, jumlah dan aktiviti tidak sihat warga Afrika ini perlu dikawal bagi menjamin kesejahteraan penduduk di situ.
Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment