SHAHEIZY Sam dinobatkan sebagai Aktor Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) baru-baru ini menerusi filem Kongsi dan namanya mula meledak menerusi genre komedi aksi dan komedi seram seperti Adnan Semp-It, Jangan Pandang Belakang Congkak dan Ngangkung. Tak keterlaluan Sam lebih menonjol dengan gelaran pelakon komedi.
Pun begitu, menerusi filem terbarunya, Songlap, Sam menampilkan lakonan yang jauh dari sisi komedi, langsung tiada elemen jenaka yang ditampilkan menerusi filem yang diterbitkan secara bersama produksi Primeworks Studios dan Red Films ini.

Songlap yang akan menemui penonton di pawagam bermula 15 Disember ini menampilkan Sam sebagai Am, bergandingan dengan Mohammad Syafie Naswip (Ad) iaitu adik beradik yang berdepan dengan konflik kekeluargaan dan berbeza pendapat.
Filem arahan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina mengupas isu sindiket penjualan bayi dan pemerdagangan wanita untuk dijadikan pelacur.
“Saya sedar selepas memenangi pelbagai anugerah, harapan peminat terhadap mutu lakonan saya tinggi. Selama ini orang kenal Sam menerusi filem komedi, namun Songlap tiada unsur jenaka, jadi saya harap orang ramai mampu menerima lakonan saya dari perspekstif yang berbeza pula.
“Bagi saya, Songlap adalah sebuah filem sangat berbeza berbanding filem lakonan saya sebelum ini apabila ia menampilkan aksi paling dekat dengan realiti kehidupan manusia seharian. Am yang dilakonkan saya sebagai watak serius yang cuba memahami rasa dan lakonan penuh elemen realiti.
“Penonton tidak lagi dapat melihat saya berjenaka, tetapi masih ada sebahagian babak yang masih ada sedikit unsur humor pada sesetengah situasi. Jujurnya, saya belum pernah membawakan watak seperti Am sebelum ini dan Songlap adalah percubaan pertama saya. Saya harap peminat sentiasa di belakang saya memberikan sokongan. Saya sudah memberikan yang termampu,” kata Sam kepada B*POP, baru-baru ini.
Sam boleh dianggap pelakon yang bersih dan bebas kontroversi apabila dirinya belum pernah dicalit cerita negatif keterlaluan.
Sekadar gosip cinta itu adalah lumrah apabila bergelar selebriti popular, setiap gerak-geri artis termasuk kehidupan peribadi dan kisah cinta, pasti diindai media massa dan peminat.
Mengenali Sam, dia sering berfikiran positif apabila tidak mahu memanjangkan perkara remeh menjadi isu besar yang boleh mengundang rasa tidak senang ramai pihak. Justeru, apa saja cerita termasuk kisah cinta, dia menerimanya dengan hati terbuka.
Sama halnya apabila dia dikatakan bercinta dengan Sara Ali yang turut membintangi Songlap, Sam tidak pernah melatah dan menjawab setiap pertanyaan dengan tenang. Sam dan Sara kali pertama bergandingan menerusi filem ini dan mereka dikatakan berkawan rapat seterusnya bercinta apabila mula mengenali sebaik dipertemukan menerusi filem berkenaan.
Sara dikatakan mencanang bahawa Sam adalah kekasihnya dan sering ke rumah aktor popular itu sebelum ini. Namun, kehadiran Sara dalam hidup Sam tidak disenangi anggota keluarga pelakon berkenaan kerana sikap Sara yang dikatakan sombong.
“Saya akui memang pernah rapat dengan Sara. Namun, saya tak tahu dari mana datangnya gosip kami bercinta. Namun, selepas penggambaran Songlap, kami tiba-tiba ‘hilang’ kerana saya dapati BBM contact Sara dah tak ada dalam telefon saya. Saya tak cari dia, dia pun tak cari saya.
“Saya akui, ketika saya membawa Sara makan-makan di rumah keluarga, mungkin berlaku insiden apabila keluarga saya dikatakan tidak menyenangi sikap Sara. Saya sendiri tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Bagi saya, dia seorang kawan yang baik. Mungkin ia sekadar salah faham.
“Gosip kononnya Sara mencanang kami bercinta, saya pernah bertanya kepadanya hal berkenaan dan dia memberitahu saya, cerita itu tidak pernah keluar daripada mulutnya. Bagi saya, itu sekadar gosip. Namun, saya akui selesa berkawan dengannya dan saya tak ada masalah memperkenalkannya kepada keluarga. Dia juga pernah datang ke rumah saya.
“Saya menyayangi Sara sebagai orang yang saya pernah kenal, namun kami tidak pernah bercinta seperti yang digembar-gemburkan. Bagi saya, sayang dan cinta adalah dua perkara yang berbeza,” kata Sam berterus-terang.
Menerusi B*POP terbitan 13 November lalu, Sam dikatakan masih berhubungan dengan bekas kekasihnya, Tengku Putri Najwa atau Wawa. Sekalipun sudah putus cinta, kedua-duanya masih berkawan seperti biasa.
“Dia (Wawa) rapat dengan keluarga saya dan saya rapat dengan keluarga dia. Kami pernah bercinta selama tiga tahun. Namun, sampai hari ini saya masih menyayanyi dirinya kerana sejarah diri masing-masing, iaitu sejarah perkenalan kami. Saya dah kenal Wawa dalam dan luar dan saya tahu kebaikan dirinya.
“Pengorbanan dirinya dulu terhadap saya, kami pernah rasa.
Sekarang kami dah putus, tapi keluarga saya masih menyayangi dirinya. Namun, untuk kembali bercinta dengan Wawa, saya masih menepis perasaan cinta itu. Buat masa ini biarlah saya berjaya dalam karier, saya nak kumpul duit dulu,” kata Sam tanpa berselindung.

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment