Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Sunday, December 18, 2011

Beza Faham Politik Punca Perpecahan Kata Dr M (Malaysia Kini)


Perbezaan fahaman politik di negara ini menyebabkan umat Islam dikatakan berpecah belah dan bukan kerana agama, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata umat Islam di negara ini kini berpecah kepada tiga puak dan telah "berperang" sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata seperti di beberapa negara Islam yang lain.

"Umat Islam di Malaysia berpecah bukan dari segi agama tetapi dari segi fahaman politik yang mempengaruhi ahli-ahlinya," kata beliau.

Semata-mata untuk menjayakan fahaman politik mereka, umat Islam di negara ini tidak sanggup solat di masjid yang sama dan mempunyai tanah perkuburan yang berbeza, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Multaqa Wehdatul Ummah ke tiga di Butterworth hari ini.

"Kalau kita sedar, ajaran agama Islam ini adalah persaudaraan dan kita harus memupuk sikap perpaduan lagi-lagi dalam satu agama yang sama," kata Dr Mahathir.

"Umat Islam perlu bersatu padu dan tidak berpecah belah serta bermusuh-musuhan sesama sendiri kerana perpaduan itu adalah asas hidup masyarakat Islam," katanya.

Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) berkata umat Islam di negara ini seharusnya memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan diri kepada dunia tentang kehidupan Islam yang sebenar supaya agama Islam dihormati oleh kaum lain.

"Kita akan menjadi lemah akibat daripada persengketan antara umat Islam. Kita mungkin lupa 55 tahun dulu, semua orang Islam dan Melayu di negara ini berjuang untuk kemerdekaan dan menentang Malayan Union.

"Masa itu umat Islam memang lemah tetapi kita dapat tumpaskan Malayan Union kerana kita bersatu padu. Walaupun tiada wang ringgit dan kekuatan lain tetapi kerana bersatu kita boleh mengalahkan Malayan Union," kata beliau.

Yang turut hadir pada majlis itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang Elias Zakaria dan Yang Dipertua Persatuan Qaryah-qaryah Masjid Pulau Pinang Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff.

- Bernama

Sumber (Kopi Pasta): Malaysia Kini

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...