Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, December 24, 2011

10,000 Rumah Mesra Rakyat (myMetro)

CANTIK...Husni (tengah) melihat reka bentuk baru RMR sambil diberi penerangan oleh Idris (kanan).

SYARIKAT Perumahan Negara Bhd (SPNB) yakin mampu menyiapkan pembinaan 10,000 rumah bagi program Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara, tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron berkata, bagi memastikan sasaran itu tercapai, SPNB mengambil pendekatan lebih bijak dan berkesan antaranya mengguna pakai Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) untuk membina kediaman berkenaan.

“Dalam tempoh lapan tahun sejak ditubuhkan, SPNB membina 17,000 rumah dengan purata 2,500 kediaman setahun, maka apabila diamanahkan kerajaan untuk menyiapkan 10,000 rumah dalam tempoh setahun, ia satu cabaran besar buat kami.

“Bagaimanapun, dengan pelbagai pendekatan proaktif, kami yakin menyiapkannya pada masa ditetapkan dengan 5,000 unit dijangka siap menjelang Jun tahun depan. Malah, mulai bulan depan, 200 rumah siap untuk diduduki,” katanya pada sidang media selepas majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara SPNB dan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Kuala Lumpur, semalam.

Program RMR membabitkan pembinaan kediaman bernilai RM65,000 seunit dengan pemilik perlu membayar RM45,000 saja menerusi pinjaman daripada institusi kewangan, manakala baki RM20,000 dibiayai kerajaan.

“Kerajaan memberi subsidi RM200 juta untuk membina 10,000 rumah ini dan baki RM450 juta akan disediakan institusi kewangan dengan BSN menjadi agensi perbankan pertama yang tampil bekerjasama dengan kami. Menerusi kerjasama ini, pemilik hanya perlu membayar RM150 sebulan,” kata Idris sambil menambah perjanjian serupa dijangka akan dimeterai pihaknya dengan satu lagi institusi kewangan dalam masa terdekat.

Sebelum itu, dalam ucapan perasmian majlis MoU berkenaan, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Mohamad Hanadzlah berkata, bagi memastikan kejayaan program berkenaan, kerajaan setiap negeri perlu bekerjasama lebih erat dengan SPNB.

“Kerajaan negeri perlu menyediakan tanah dengan bayaran premium norminal untuk mempercepatkan pembinaan RMR ini,” katanya.

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...