Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, December 24, 2011

Mahu Senjata Baru - Chong Wei (myMetro)

HANDAL...hanya Chen Long (kiri) dan Lin Dan menewaskan Chong Wei tahun ini.

AKSI Lin Dan yang bertambah kuat dan keyakinan Chen Long yang semakin kukuh membuatkan pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mahukan senjata baru dalam permainannya untuk menangani dua pemain terbaik China itu.

“Saya perlu berlatih corak permainan baru menggunakan senjata yang belum pernah diketahui musuh saya (Lin Dan dan Chen Long),” katanya.

“Saya harap jurulatih Tey Seu Bock, Rashid Sidek dan Hendrawan dapat berbincang mencari idea mencipta taktik permainan yang boleh mengejutkan dua pemain China itu.” Chong Wei bagaimanapun tidak menganggap latihan yang dijalaninya selama ini tidak berkesan sebaliknya mendedahkan China mempunyai banyak kelebihan menyelidik permainannya.

“China ada enam jurulatih yang fokus pada permainan saya, mereka membuat analisis sedangkan penganalisis perlawanan kita hanya seorang.

“Saya harap masuk kejohanan pertama tahun depan, saya akan dapat menggunakan corak permainan baru. Saya tidak akan berputus asa.” Dalam pada itu, Seu Bock yang ditemui berkata beliau sudah mendedahkan Chong Wei dengan pelbagai corak permainan tetapi sedia duduk berbincang bersama Rashid dan Hendrawan untuk mencari senjata terbaik buat Chong Wei.

“Sebenarnya setiap kejohanan kita gunakan corak permainan yang berbeza tapi saya akan cuba mencari lagi apa yang boleh menambah baik dan menajamkan permainan Chong Wei,” kata Seu Bock.

Ketika ditanya kesediaan Chong Wei menerima latihan daripada bekas jurulatih Datuk Misbun Sidek, beliau berkata pihaknya mengalu-alukan jika jurulatih itu sedia untuk membantu.

“Saya alu-alukan kehadiran Misbun jika beliau sedia membantu. Malah selama ini juga saya sering berhubungan dengannya cuma kebelakangan ini kesempatan saya agak kurang.

“Chong Wei sendiri pernah menemui jurulatih itu beberapa kali untuk mendapatkan pandangan. Jika lebih ramai yang sedia membantu, saya rasa misi Olimpik kita akan tercapai.”

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

2 comments:

MalizaMah said...

sememangnya MAS perlukan pelapis...
terus berjuang datuk lee chong wei....
lin dan kelihatan lain dh yer skrg..

One Sensei said...

Betul! Kita harap ada muka baru dapat menggantikan DLCW.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...