Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, December 24, 2011

Bantah Empat Hari Seminggu (myMetro)

PROTES...sebahagian peniaga yang berkumpul di hadapan pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju.

KUALA LUMPUR: Krisis yang melanda peniaga bazar larut malam Danau Kota, di sini, berlarutan apabila lebih 600 peniaga berkumpul membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengehadkan operasi bazar itu daripada enam kepada empat hari seminggu.

Demonstrasi di hadapan pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, kelmarin itu bertujuan melahirkan rasa tidak puas hati selain membincangkan isu terbabit memandangkan Ahli Parlimen berkenaan didakwa individu yang meminta tempoh operasi bazar dipendekkan.

Dalam perbincangan singkat diwakili pembantu khas ahli parlimen itu, Yaacob Ahmad berkata, tindakan Ahli Parlimen meminta tempoh operasi dipendekkan kerana mengambil kira aduan penduduk sekitar yang mendakwa menghadapi pelbagai masalah seperti bunyi bising, peningkatan gejala sosial dan sampah.

“Saya yakin Ahli Parlimen memandang serius perkara ini dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik melalui perbincangan lebih terperinci dengan beberapa pihak berkaitan selain tidak mengetepikan nasib peniaga,” katanya.

Pada masa sama, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata demonstrasi terbabit diadakan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati peniaga terhadap keputusan berkenaan dengan tindakan itu mengakibatkan mereka kerugian besar.

“Jika ditolak cuti khas pada Khamis, peniaga hanya dibenarkan berniaga empat hari iaitu Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad berbanding enam hari sebelum ini. Ia sekali gus menyebabkan peniaga menanggung kerugian RM300 hingga RM800 bagi tempoh dua hari operasi bazar ditutup,” katanya.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kementerian tidak akan berganjak dari keputusan untuk hanya membenarkan bazar itu beroperasi empat hari seminggu.

Katanya, keputusan yang dibuat itu selepas mengambil kira rungutan penduduk di kawasan itu dan berharap peniaga bazar berkenaan menerimanya dengan hati terbuka.

“Persetujuan sudah dicapai dalam perbincangan DBKL dengan Persatuan Penjaja dan saya rasa tidak timbul lagi isu itu kerana dengan mengehadkan operasi bazar itu akan menguntungkan kedua-dua pihak iaitu penduduk serta peniaga.


“Kementerian akan memberi kebenaran kepada semua penjaja untuk berniaga pada hari pasar malam (Khamis) dan mereka perlu berbincang kembali untuk menyusun lot perniagaan mereka,” katanya.

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...