Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, December 24, 2011

Padah Cinta Awang Hitam (myMetro)

KESAL...Huda menceritakan pengalamannya kepada wartawan Harian Metro.

KUALA LUMPUR: Awalnya, mereka disogok kemewahan termasuk kereta, wang RM1,000 seminggu dan tinggal di kondominium mewah, namun di penghujungnya mereka dilayan seperti hamba seks, aksi lucah dirakam, diugut, dipukul, dikurung serta hampir terjebak kegiatan jenayah.

Itu pengalaman dua wanita Melayu mahu dikenali sebagai Huda, 28 dan Amy, 27 yang menjalin hubungan dengan lelaki warga Afrika dan kini menempuh hidup penuh kesukaran selepas ditinggalkan.

Huda, pelajar kolej swasta di ibu kota, berkata dia bercinta dan tinggal serumah dengan James, 30, selama tiga tahun selepas mereka berkenalan ketika menuntut di sebuah kolej swasta.

Menurutnya, pada awal perhubungan James sangat mengambil berat dan memberinya pelbagai kemewahan menyebabkan dia lupa segala tanggungjawabnya sebagai pelajar dan umat Islam.

“Sepanjang bercinta, semua perbelanjaan pengajian dan peribadi saya ditanggung James, malah dia turut memberikan wang tambang teksi untuk saya ke kuliah setiap hari.

"Ketika itu, kegilaan saya terhadap beg tangan dan kasut berjenama juga tidak lagi menjadi masalah kerana James memberikan wang belanja RM1000 setiap minggu selain kad kredit dengan had RM10000," katanya ketika ditemui.

Huda berkata, selepas setahun bercinta, James mengajaknya tinggal bersama di kondominium mewah berhampiran kolej dan menghadiahkan kereta Perodua Myvi bagi memudahkan pergerakan.

Menurutnya, ketika tinggal bersama, hampir setiap hari mereka melakukan hubungan seks atas permintaan James dan kerap kali juga aksi lucah mereka dirakam lelaki itu.

Kata Huda, disebabkan hanyut dengan kemewahan dia langsung tidak membantah perlakuan James itu tanpa menduga akibat buruk yang menanti.

"Segala-galanya berubah apabila satu hari James membiarkan rakannya meniduri saya ketika saya tidak sedarkan diri. Bila saya mempersoalkan tindakannya, kelakuan buruk James mula terserlah."

"Dia bukan saja memarahi saya, malah mengugut untuk menyebarkan video aksi seks kami di laman Youtube sekiranya saya lari dan melaporkan kejadian itu kepada polis.

"Disebabkan takut, saya menuruti arahan James, malah selama dua tahun saya melayani kehendak nafsu James dan rakannya sebelum pulang ke kampung akibat dibuang kolej kerana gagal dalam peperiksaan," katanya.

Huda berkata, sejak itu, hubungannya dengan James terputus dan dia mula sedar lelaki terbabit tidak sepenuh hati menyayanginya apabila keputusannya untuk menamatkan hubungan mereka tidak langsung dibantah.

"Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada wanita lain. Jangan mudah terpedaya pujuk rayu dan kemewahan diberikan lelaki Afrika kerana semua itu sementara. Penghujungnya hidup kita derita," katanya.

Bagi Amy, dia mengalami pengalaman hampir serupa dengan Huda pada awal perhubungan cinta dengan lelaki Afrika apabila segala perbelanjaannya ditanggung serta tinggal di kondominium mewah bersama kekasihnya itu.

Bekas penuntut sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu berkata, selama dua tahun dia hidup gembira bersama Mike, 28, yang dikenalinya ketika sama-sama menuntut.

"Masalah mula timbul apabila saya mahu memutuskan perhubungan selepas menyedari Mike terbabit jenayah menyeludup masuk dan keluar emas dari negara ini."

"Saya mengesan kegiatannya selepas terjumpa ketulan emas yang disimpan dalam kotak rumah kami. Bila saya minta penjelasan, Mike berterus terang mengenai kegiatannya."

"Ketika itu baru saya tahu dari mana datangnya segala kemewahan yang kami nikmati kerana sebelum itu Mike menipu saya kononnya dia berasal daripada keluarga kaya," katanya.

Amy berkata, dia memujuk Mike supaya berhenti daripa kegiatan jenayah itu, namun lelaki itu enggan.

Apabila Amy mengugut untuk melaporkan kegiatan Mike kepada polis, dia dibelasah teruk lelaki itu dan dikurung selama seminggu sebelum meminta bantuan rakannya untuk membawanya ke balai polis.

Ketika Amy membuat laporan, dia diberitahu polis memburu Mike bagi satu kes pembunuhan dan kini lelaki itu sudah meninggal dunia akibat ditempak rakan sendiri gara-gara pergaduhan membabitkan kegiatan haram mereka.

Katanya, kejadian itu membuka matanya untuk lebih berhati-hati memilih pasangan kerana kelicikan bekas kekasihnya itu menyembunyikan kegiatan penyeludupan memberi kesedaran kepadanya.

"Saya bersyukur kerana sepanjang menjalinkan hubungan, saya tidak pernah ditahan pihak berkuasa walaupun saya tahu ia menyalahi undang-undang."

"Selain saya, rakan juga pernah hampir dipergunakan untuk menjadi keldai dadah. Mujur dia selamat kerana tidak menuruti semua arahan kekasihnyatidak seperti saya yang buta disebabkan cinta," katanya.

Sumber (Kopi pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...