Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, January 7, 2012

Remaja Diseksa Sampai Mati Kerana ‘Ahli Sihir’ (MyNewsHub)



LONDON – Seorang ramaja lelaki telah diseksa dan dilemaskan pada sambutan Hari Krismas tahun 2010 oleh saudara-saudaranya selepas dituduh mengamalkan ‘ilmu sihir’.

Kristy Bamu, 15, mengalami hampir 101 jenis kecederaan yang berbeza akibat diserang dengan pelbagai objek seperti pahat, tukul besi dan bar logam.

Pendakwa Mahkamah Tinggi Old Bailey memberitahu bahawa Kristy mengerang kesakitan dan merayu untuk mati akibat tidak tahan dengan penderitaan itu.

Mangsa yang sebelum ini tinggal dengan ibu bapanya telah berpindah bersama-sama dengan dua orang saudara lelaki dan dua orang saudara perempuannya untuk tinggal dengan kakak sulungnya,  Magalie Bamu di Timur London.

Kata pendakwaraya lagi, teman lelaki Mangalie, Eric Bikuni telah mula melakukan penyeksaan terhadap Kristy serta menuduh remaja lelaki itu dan dua orang saudara lelakinya yang tinggal bersama-sama mengamalkan ‘ilmu sihir’.

Mahkamah juga mendengar kenyataan bahawa saudara-saudara Kristy turut dipaksa untuk terlibat dalam penyeksaan ke atas remaja lelaki itu sebelum mereka dikurung dan disiram dengan air sejuk pada 25 Disember 2010.

Pasukan paramedik dihubungi apabila Kristy jatuh dan tidak sedarkan diri, namun dia telah pun disahkan mati dan hasil bedah siasat mendapati Kristy meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk dan mati lemas.

“Kristy telah menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman yang amat teruk buat tempoh yang agak lama.

“Defendan juga telah bertindak dengan jahat di mana memaksa saudara mangsa untuk terbabit sama dalam jenayah keganasan ini,” kata pihak pendakwaraya Brian Altman.

Beberapa panggilan telah dibuat kepada ibu bapa remaja malang ini di Perancis tetapi mereka langsung tidak mengesyaki sebarang perubahan dan tindakan anak mereka.

“Mereka menghantar anak mereka untuk bercuti, bukan untuk diseksa dengan kejam,” tambah Altman.

Defendan kedua-duanya berasal dari Republik Demokratik Congo. - Daily Telegraph, UK

Sumber (Kopi Pasta): MyNewsHub
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...