Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, January 7, 2012

Polis Tumpaskan Sindiket Terbesar Menipu Melalui Internet (myMetro)



GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa terbesar menggunakan internet berpangkalan di pulau ini yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM10 bilion dengan tertangkapnya 37 orang dalam dua serbuan serentak berasingan di sini hari ini.

Sindiket yang lebih dikenali sebagai 'Penipu Macau' itu dipercayai diketuai seorang warga Taiwan telah berjaya menipu ramai warga China secara memperdayakan mereka supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga. 

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pasukan daripada bahagian jenayah komersial negeri ini dan Bukit Aman membuat serbuan pertama kira-kira 10 pagi di Kinta Lane dan menahan 30 orang suspek berasal dari China dan Taiwan termasuk dua warga tempatan. 

Katanya, tempat tersebut dijadikan pusat membuat panggilan kerana pihak polis menemui beberapa peralatan khidmat komunikasi termasuk, komputer riba, moderm, penyambung panggilan, telefon dan telefon bimbit di situ.

"Antara mereka yang ditahan dalam serbuan pertama itu ialah dua orang rakyat Malaysia, 22 warga China dan enam dari Taiwan," katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Rahim berkata dalam serbuan kedua di kawasan kediaman di Jalan Pantai Molek, Tanjung Bungah, tiga rakyat Malaysia dan empat warga Taiwan ditahan. 

Beliau berkata polis menemui sebilangan pasport dipercayai milik suspek dalam serbuan kedua itu. 

Menurutnya, cara penipuan dilakukan sindiket itu ialah dengan menghubungi mangsa menyamar sebagai pegawai polis atau bank. 

"Mereka memberitahu mangsa yang akaun bank atau kad kredit mereka (mangsa) diceroboh oleh pihak ketiga dan wang di dalam akaun akan dicuri oleh penipu sekiranya tidak dipindahkan ke akaun lain," katanya. 

Abdul Rahim berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Jenayah. 

Seorang siswazah Universiti Shanghai yang ditipu menyertai sindiket itu berkata dia hanya menyedari diperdaya selepas masuk bekerja dengan mereka. 

Baru sahaja bekerja selama 40 hari dengan kumpulan itu dia ditangkap dan menurutnya tugas yang dibuat ialah menjawab panggilan setiap hari mengikut skrip yang sudah disediakan oleh sindiket itu. 

Dia bekerja dari 7 pagi hingga 7 malam, tidak dibenarkan langsung keluar hingga ke hari ini dan setakat ini belum menerima sebarang gaji daripada kumpulan tersebut. 

"Saya diperkenalkan menerusi seorang kawan untuk bekerja dengan sindiket dengan tawaran gaji lumayan sebagai penyambut tetamu serta disediakan tempat tinggal di sini. 

"Bagaimanapun selepas menyertai mereka saya tidak boleh berhenti dan pulang ke negeri asal kerana anggota sindiket menyimpan pasport saya," kata wanita berusia 24 tahun itu yang datang dari Xiamen, China, kepada Bernama. - Bernama

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...