MENDIANG Kim (kanan) dan anak bongsunya, Jong-Un.
SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il, meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat serangan sakit jantung.
Kematian itu yang diumumkan media kerajaan Korea Utara semalam meletakkan negara yang bersenjata nuklear itu dan dengan penduduk yang berdepan dengan kebuluran dan terpencil dari dunia luar menghadapi krisis pewarisan dinasti kali kedua.
Pyongyang menggesa rakyat negara itu menyokong anak bongsu Kim, Jong-Un dengan menyifatkannya sebagai ‘pewaris terbaik.’ Seorang pembaca berita wanita mengumumkan dengan terisak-isak kematian Kim menerusi televisyen yang turut menyiarkan rakaman dari Pyongyang, menunjukkan penduduknya, tua dan muda, melutut sambil meratap kematian pemimpin itu.
Sementara itu, Korea Selatan meletakkan tenteranya dalam keadaan berjaga-jaga tetapi mendesak rakyatnya bertenang.
Penganalisis berkata, kekacauan besar tidak mungkin berlaku di Korea Utara, sekurang-kurangnya untuk masa terdekat ini.
Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) melaporkan, Kim mati ‘akibat ketegangan mental dan fizikal’ ketika menaiki kereta api dalam satu lawatan rasminya.
Agensi itu menggesa rakyat menyokong Kim Jong-Un yang berusia 20-an dan lulusan dari Switzerland. Anak bongsu mendiang Kim itu dilantik menjadi jeneral empat bintang tahun lalu serta diberikan jawatan kanan dalam parti.
Upacara pengebumian Kim akan diadakan pada 28 Disember tetapi tidak ada perwakilan asing dijemput. - Reuters
Sumber (Kopi Pasta): myMetro

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment