KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada surat bertajuk ‘Graduan TESL masih menunggu’ oleh ‘Guru TESL, Cohort 4’ yang disiarkan pada 9 Disember lalu.
Pengadu ingin mengetahui status penempatan graduan TESL yang menamatkan pengajian di Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang pendidikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Adalah dimaklumkan bahawa graduan TESL keluaran IPG 2011 sudah pun ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran untuk dilantik sebagai guru tetap pada 21 hingga 25 November lalu.
Graduan TESL yang berjaya dalam temuduga berkenaan akan diberi penempatan di sekolah Kementerian Pelajaran pada awal tahun depan. Graduan IPTA akan dipanggil temuduga pada Januari ini berdasarkan keperluan kementerian dan mereka yang berjaya serta layak, dijangka ditempatkan di sekolah pada Mac depan.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
P/S: Alhamdulillah, akhirnya lepas enam bulan menunggu, pelajar tajaan KPM/IPG ni akhirnya boleh menarik nafas lega. - One
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment