Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Thursday, January 19, 2012

Shahidan: Rasuah Mungkin Libatkan Banyak Pasukan




KANGAR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta melakukan siasatan menyeluruh kes rasuah dalam sukan bola sepak negara bagi membersihkan imej sukan itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, dakwaan ada pemain bola sepak negeri tersebut yang terbabit dengan gejala rasuah perlu dilihat lebih jauh, dan bukan sekadar bertumpu kepada pasukan bergelar Singa Utara itu.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau percaya rasuah bola sepak tidak hanya berlaku terhadap sebuah persatuan sahaja apatah lagi ia membabitkan bookie.

Bekas bekas Menteri Besar Perlis itu berkata jika dakwaan itu benar, mereka yang terbabit dengan rasuah perlu dikenakan tindakan setimpal.

"Bukan sahaja SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tapi FAM juga perlu lihat keadaan sebenar, termasuk kemungkinan gejala itu membabitkan lebih banyak pasukan," katanya.

Sabtu lalu, seorang pemain Perlis dipanggil memberi keterangan kepada SPRM ekoran kekalahan pasukan itu 2-7 kepada MP Muar pada perlawanan Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Muar pada 9 Januari.

SPRM juga telah bertemu pegawai kanan PFA berhubung perkara itu.

Shahidan juga berkata, terdapat dakwaan beberapa pemain Perlis bertemu bookie, dan jika perkara itu benar, sudah pasti mereka boleh dikaitkan dengan perbuatan yang tidak bermoral.

"Mana mungkin mereka bertemu bookie untuk mendapat tunjuk ajar bagaimana bermain bola dengan baik, sebaliknya pertemuan itu sudah pasti mempunyai unsur tidak baik," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PFA Azhar Ahmad berkata, surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada beberapa pemain yang disyaki terbabit dalam kes itu.

Beliau berkata, PFA hanya memerlukan pemain yang bersih dan beraksi dengan jujur untuk negeri ini. - Bernama

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...