Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Thursday, January 19, 2012

Gaji Baru: Kerajaan Juga Ada Kekangan - KSN


PUTRAJAYA - Wakil persatuan dan kesatuan sekerja yang mewakili skim perkhidmatan tertentu serta pihak lain yang berkaitan, akan dijemput dalam perbincangan pasukan petugas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, pasukan petugas itu juga akan berusaha mencari penyelesaian terbaik berhubung isu yang dibangkitkan.

"Namun demikian diingatkan bahawa kerajaan juga mempunyai kekangan tertentu yang mungkin tidak akan dapat memenuhi kehendak semua pihak.

"Dalam hal ini, sokongan dan kerjasama semua pihak amatlah dihargai," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan surat pelantikan kepada anggota pasukan itu di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan amat prihatin dengan aduan dan rungutan orang ramai termasuk penjawat awam, dan bersedia mendengar serta menelitinya untuk tujuan penambahbaikan secara berterusan.

Pada sidang akhbar selepas itu, Mohd Sidek berkata, beliau yakin dengan kemampuan pengerusi pasukan petugas berkenaan iaitu bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam yang berpengalaman luas.

"Sudah tentu semua hasrat dan permasalahan akan didengari, ia termasuklah  hasrat penjawat awam peringkat tinggi dan juga peringkat rendah.

"Tetapi apa yang penting di sini ialah produktiviti, jika ada kenaikan gaji, maka haruslah ada juga peningkatan produktiviti," katanya.

Pada majlis itu, sepuluh anggota pasukan petugas tersebut menerima watikah pelantikan masing-masing dengan didahului pengerusinya, diikuti Timbalan Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Farida Mohd Ali serta Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun.

Selain itu, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan Datuk Nozirah Bahari, Pengarah Pembangunan Organisasi JPA Datuk

Basaruddin Sadali, Pengarah Saraan JPA Raja Noor Zaedah Raja Ahmad dan Pengarah Perkhidmatan JPA Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman.

Pasukan itu turut dianggotai Timbalan Pengarah Belanjawan (Dasar) Bahagian Pengurusan Belanjawan Kementerian Kewangan K. Givananadam, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan Kementerian Kewangan Hazanah A. Bakar serta Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman. - Bernama

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...