BAGHDAD - Walaupun baru berusia 8 tahun, Qamar berbeza dari kanak-kanak yang seumur dengannya. Dia mempunyai minat tersendiri yang jarang ada pada kanak-kanak seusianya. Qamar merupakan jurufoto termuda di Iraq.
Semenjak Iraq memasuki era peperangan, kita sering kali melihat gambar tentera-tentera yang berkawal, gambar kemusnahan bumi Iraq dan gambar pertumpahan darah yang tak pernah sudah. Namun begitu, gambar-gambar yang diambil oleh Qamar sama sekali tidak menunjukkan imej penderitaan itu. Gambar-gambarnya lebih menjurus kepada kehidupan seharian penduduk Baghdad yang sedang berusaha untuk membangunkan semula negara mereka. Wajah-wajah keceriaan dan kegembiraan jelas terpancar di raut wajah penduduk Iraq melalui lensa Qamar.
Walaupun masih muda, dia faham akan situasi yang melanda negaranya. Dia sudah mula mengambil gambar sejak berusia 4 tahun lagi. Sejak berkecimpung di dalam bidang ini, Qamar telah memenangi beberapa anugerah. Antaranya adalah anugerah Iraq Society Photography (ISP). Bapanya, yang juga seorang penulis rencana dan jurufoto, menjadi sumber inspirasi dan rujukannya.
Dia menyifatkan fotografi sebagai salah satu medium penting untuk mengenang sejarah lampau. "Fotografi sangat penting. Ia merekodkan kehidupan dan memberhentikan masa. Kita boleh menunjukkan bandar, kehidupan dan penduduknya."
"Melalui gambar-gambar saya, saya ingin menunjukkan kepada dunia bahawa Iraq merupakan sebuah negara yang sangat berharga bagi saya. Ia adalah negara yang aman dan mempunyai sejarahnya tersendiri," tambahnya lagi.
Berikut adalah koleksi gambar-gambar yang dia rakamkan dan juga video mengenai dirinya.
Sumber dan Berita Penuh: Daily Mail UK
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment