KUALA LUMPUR - Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) yang berlangsung di sini malam tadi, menyaksikan lagu Awan Nano ciptaan komposer M. Nasir dan penulis lirik Budi Hekayat, yang didendangkan oleh Hafiz, dinobatkan sebagai juara.
Naib Juara menjadi milik lagu Beribu Sesalan gandingan tiga suara iaitu Shila Amzah, Ning Baizura dan Jaclyn Victor. Lagu itu adalah ciptaan Kelvin Chin dan liriknya hasilan Tinta.
Lagu Karma ciptaan Audi Mok dan Faizal Tahir dendangan Faizal Tahir mendapat tempat ketiga.
Sementara itu, atas persembahan menarik yang ditampilkan oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati menyaksikan penyanyi itu membawa pulang anugerah persembahan terbaik.
Juara AJL26 menerima trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000 manakala Naib Juara pula membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000. Tempat ketiga membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.
Sebanyak 12 lagu dipertandingkan kali ini.
Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment