LONDON – Arsenal bangkit daripada ketinggalan dua gol bagi memusnahkan impian Aston Villa dengan kemenangan 3-2 untuk mara ke pusingan kelima Piala FA Inggeris, di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Anak buah Arsene Wenger seakan tersentak selepas menerima dua gol menerusi Richard Dunne dan Darren Bent pada separuh masa pertama. Begitupun, Arsenal bangkit pada babak kedua dengan memperoleh tiga gol dalam masa tujuh minit – dua daripadanya menerusi penyerang antarabangsa Belanda yang menyudahkan dua penalti, manakala gol ketiga oleh Theo Walcott.
Pasukan pelawat terlebih dulu mengusai permainan dengan jaringan pembukaan menerusi Dunne pada minit ke-33, diikuti Bent pada minit ke-45. – AFP
Pasukan pelawat terlebih dulu mengusai permainan dengan jaringan pembukaan menerusi Dunne pada minit ke-33, diikuti Bent pada minit ke-45. – AFP
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment