Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Thursday, January 26, 2012

Penjara Bagi Pemandu Cuai


KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mempertimbangkan cada­ngan mengenakan hukuman penjara mandatori ke atas pemandu yang menyebabkan kemalangan maut di jalan raya.



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bagaimanapun, tugas untuk menyemak semula peruntukan hukuman tersebut adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara.

“Kerajaan hanya boleh menyo­kong atau mempertimbangkan sesuatu cadangan itu, tapi tugas berhubung peruntukan undang-undang termasuk dari segi hukuman, ianya di bawah tanggungan Peguam Negara.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya bertindak sebagai penguatkuasa dan mengguna pakai peruntukan undang-undang sedia ada, termasuk hukuman yang telah ditetapkan,” katanya selepas me-ngadakan latihan bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, semalam.

Hishammuddin mengulas pandangan Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya Tan Sri Lee Lam Thye pada Ahad lepas, yang menyarankan agar pihak berkuasa mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap mereka yang memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Sementara itu, Hishammuddin yang meninjau pusat simulasi menembak tersebut turut mendedahkan kerajaan akan menggunakan pendekatan senapang laser dengan kawalan realistik bagi menarik lebih ramai belia menyertai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

“Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mewujudkan Skuad Muda Rela dan Crime Awareness Team (CAT) yang terdiri daripada belia seawal 15 hingga 40 tahun untuk menyertai latihan itu. Modul latihan turut mendidik mereka supaya tidak terlibat dalam gejala sosial.

“Saya percaya, ramai belia akan menyertainya memandangkan latihan menembak ini menjanjikan keseronokan kerana dilakukan di dalam bilik berhawa dingin dan tiada peluru sesat kerana menggunakan laser. Ia juga selamat kerana dikawal secara automatik oleh sistem komputer yang canggih,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, mereka berlatih di padang sasar turut terdedah dengan bunyi bising dan berkemungkinan berhadapan de-ngan risiko kehilangan nyawa.

Senjata itu dikawal oleh sistem pengkomputeran yang dibeli dari Korea bernilai RM6.56 juta, katanya, mempunyai persamaan se-perti senjata sebenar dan hanya berbeza, ia tidak menggunakan peluru sebenar.

Beliau berkata, pada masa depan, pusat simulasi ini akan dijadikan latihan menembak oleh pihak berkuasa memandangkan kos penyelenggaraannya yang murah dan ia juga berjaya melahirkan penembak profesional di Korea serta negara maju yang lain.

Hishammuddin berkata, selain belia dari Skuad Muda Rela dan CAT, penyertaan juga datang daripada Alumni Pusat Latihan Khidmat Negara (JLKN), Sukarelawan Rakan Muda, Mahasiswa dan Mahasiswi Institut Pengajian Tinggi (Suksis) dan Rakan Cop dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...