SHAH ALAM – Pensyarah sewajar membebaskan diri mereka 100 peratus dari dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam menyampaikan pandangan dan objektif mereka.
Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa (Aspirasi) Malaysia, Mohd Shahar Abdulah (gambar) berkata, pindaan yang dilakukan ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) pada 2009 telah menjadikan akta itu sebuah akta yang lengkap dan terbaik, namun masih terdapat pensyarah yang masih tidak berfikiran bebas.
Katanya, pada tahun 2002, ketika beliau belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ada seorang pensyarah dilihat menyalah gunakan kuasa mereka untuk berpolitik sewaktu kuliah sedang berlangsung.
“Ketika itu gerakan reformis sedang rancak dijalankan diseluruh negara dan pensyarah terbabit menggunakan kuliah setengah jam itu itu untuk menyebarkan fahaman reformis kepada pelajar-pelajar dengan memasang radio.
“Adakah ini ada dinyatakan dalam kertas kebebasan akademik? Adakah tindakan seperti ini wajar diberi pujian,” katanya ketika sesi penggulungan Wacana Sinar Siri ke-10 bertajuk "Masih Relevankah Auku?"
Katanya, pensyarah sepatutnya berhati-hati ketika menyampaikan tafsiran mereka mengenai sesuatu perkara kepada pelajar khasnya supaya tidak disalah ertikan dan sewajarnya Auku itu dikaji sama ada benar-benar menyekat kebebasan akademik ataupun tidak.
Beliau berkata, Auku sebenarnya merupakan satu ‘vehicle’ yang paling baik untuk membebaskan fikiran manusia dan dalam masa yang sama dapat membebaskan mahasiswa daripada melakukan sesuatu tindakan yang tidak wajar.
Sementara itu,Pemangku Presiden dan Naib Censelor Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof. Dr Anuar Ahmad berkata, adalah tidak patut jika ruang seseorang pelajar dihalang daripada melihat ideologi yang ingin dipilihnya tetapi jika ada pensyarah yang menggunakan sebahagian masa untuk mengajar manakala sebahagian lagi untuk menyebarkan politik, itu salah.
“Itu menunjukkan pensyarah itu tidak faham tentang politik dan jika berlaku di Unisel, sila laporkan segera kepada saya,” katanya.
Beliau bagaimanapun bersetuju untuk mengatakan bahawa Auku merupakan isu yang mengekang rakyat Malaysia daripada menjadi lebih kreatif.
Katanya, pelajar tempatan yang belajar di Unisel dilihat sukar ataupun takut menyuarakan pandangan mereka mengenai apa-apa isu berbanding pelajar-pelajar dari luar negara terutamanya dari Indonesia.
“Pelajar-pelajar asing dilihat lebih berani dan vokal dalam menyuarakan pendapat. Ini satu perkembangan yang tidak baik.
“Kewujudan Auku sememengnya menyekat kebebasan pelajar menyuarakan pendapat mereka,” katanya.
Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment