Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Wednesday, January 18, 2012

Penerima Wang BR1M Baling Kerusi


PETALING JAYA – Penyerahan wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia  Parlimen Petaling Jaya Utara  di  SMK Perempuan Sri Aman dekat sini  kecoh  selepas 150 pemohon yang layak tidak dapat  menuntut wang masing-masing kerana ketiadaan surat pengesahan.

Beberapa insiden baling kerusi dilaporkan berlaku menyebabkan polis terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.

Rata-rata pemohon kesal dengan pihak penyelaras parlimen kerana gagal menyerahkan surat pengesahan  kepada 150 pemohon menyebabkan mereka  terpaksa menunggu lama.

Keadaan kecoh mula  reda selepas  pihak Bank Simpanan Nasional membenarkan pemohon menggunakan kad pengenalan untuk menuntut wang masing-masing.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Penyelaras Dun Kampung Tunku Kelvin Chong memberitahu dia tidak mempunyai kuasa untuk menyerahkan surat terbabitkan melainkan ianya diuruskan oleh penyelaras parlimen.

“Kami faham penduduk marah tentang hal ini, jadi saya bagi pihak parlimen turut memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku,”katanya

Menurutnya lagi, mereka yang menghadapi kesulitan boleh menghubungi pejabatnya selepas ini.

Difahamkan seramai 2948 pemohon BR1M Fasa 1 Dewan Undangan Negeri (Dun) Kampung Tunku layak menerima bantuan melalui permohonan yang dibuat dari 10 Disember hingga 20 Disember tahun lalu.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...