KUALA LUMPUR - Ummi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter, Jumaat lalu.
Ummi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin.
"Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Azwan, di sini tengah hari ini.
Ekoran mesej berbaur ugutan menerusi laman Twitter, Azwan, yang terkenal sebagai selebriti yang sering mewujudkan kontroversi telah disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar Ummi Hafilda.
Difahamkan Azwan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.
Sebelum ini, Ummi Hafilda berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri. Dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.
Dalam pada itu, akuan bersumpah yang dibaca Azwan di hadapan media antara lainnya menyebut, beliau tidak akan lagi menghina, mengeji dan mengaibkan peribadi yang mungkin membawa fitnah dasyat kepada Ummi.
"Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak... sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.
"Sebagai abang, dia (Ummi) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan," katanya.
Dalam pada itu, Ummi sekali lagi merayu kepada abangnya Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR supaya kembali ke pangkuan keluarga yang beliau tinggalkan semata-mata untuk berjuang demi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau turut merayu kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar mengembalikan abangnya yang lama tidak pulang ke rumah ibu mereka, hampir lima bulan.
"Kalau Anwar dah hitam hatinya untuk balik ke pangkal jalan, jadi saya menyeru pada kak Wan, jangan kerana suami dia, banyak keluarga berpecah-belah, adik-beradik bergaduh kerana seorang manusia.
"Sebagai seorang isteri dan ibu Kak Wan tentu faham perasaan ibu kami. Apa kak Wan rasa bila anak tak balik rumah lima bulan kerana orang lain. Siapa Anwar? Dia bukan adik beradik kami. Jadi saya merayu, please Kak Wan. Tolonglah perbetulkan keadaan," katanya.
Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment