IPOH: Bakal pengantin yang ingin membuat permohonan pernikahan di Perak kini tidak perlu ke pejabat agama untuk mendapatkan borang permohonan kerana mulai tahun ini mereka boleh mengisi borang secara atas talian bagi mempercepatkan proses berkenaan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Mohd Yusop Husin, berkata JAIP sudah membangunkan portal aplikasi awam e-nikah bagi membolehkan urusan permohonan pernikahan dilakukan dengan lebih pantas dan mudah.
“Mulai sekarang, sesiapa yang ingin bernikah di Perak hanya perlu membuka internet di mana-mana saja untuk mengisi borang permohonan sekali gus dapat menjimatkan masa berbanding amalan sebelum ini terpaksa ke pejabat agama untuk mendapatkan borang,” katanya.
Mohd Yusop berkata, pemohon bagaimanapun masih perlu pergi ke pejabat agama selepas mengisi borang pengesahan selain sebagai bukti mereka yang membuat permohonan itu adalah individu sama yang ingin berkahwin dan membuat pembayaran berkaitan.
Permohonan boleh dibuat menerusi portal e-nikah dalam laman web JAIP atau dengan melayari portal http://nikahonline.perak.gov.my atau melayari pautan dalam laman web JAIP.
Difahamkan, Perak adalah negeri kedua selepas Kelantan yang menyediakan kemudahan permohonan pernikahan secara dalam talian.
Mohd Yusop berkata, jika kaedah baru itu berjalan lancar, pihaknya akan mengkaji kemungkinan menyediakan kemudahan membuat pembayaran berkaitan pernikahan secara dalam talian pada masa akan datang.
“Ia rancangan jangka panjang kerana kita mahu melihat keberkesanan sistem e-nikah terlebih dulu,” katanya.
Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment