KETANGKASAN pemain skuasy terbaik dunia, Datuk Nicol David, sekali lagi melayakkan dirinya berada di pentas akhir Kejohanan Skuasy Siri Dunia 2012, pada aksi awal pagi ini.
Ketika aksi separuh akhir semalam, kem negara sedikit cemas, apabila Nicol tewas pada set pertama, 8-11 ke atas pemain England, Laura Massaro yang beraksi lebih pantas dari permainan biasanya dan ia diakui sendiri pemain nombor satu dunia itu.
Bagaimanapun, Nicol kembali menemui rentak pada set kedua dan dengan mudah mengetepikan cabaran pemain kedua kebangsaan England dengan catatan 11-4 untuk mengheret aksi ke set penentuan dan mencatat kemenangan 11-3.
“Melangkah ke final adalah perkara paling bermakna dalam kerjaya saya,” katanya yang dipetik dalam laman rasmi kejohanan, semalam.
Sementara itu, kemenangan Nicol di separuh akhir, sekali lagi mempertemukannya dengan Madeline Perry (Ireland) di pentas akhir yang menewaskan pemain nombor satu England Jenny Duncalf pada aksi separuh akhir pertama, 11-13, 11-8, 11-5.
Pada aksi peringkat Kumpulan A, sebelum ini, Nicol meraih kemenangan mudah ke atas Madeline pada set pertama, sebelum dicabar sengit pada set kedua yang akhirnya kemenangan berpihak kepada pemain kelahiran Pulau Pinang itu dengan 11-6, 12-10.
“Saya pernah menewaskan Nicol sebelum ini. Tetapi seperti semua orang tahu, Nicol pemain yang hebat, jadi saya perlu bekerja keras esok (hari ini) dan pastinya perlawanan akhir esok bakal sengit,” katanya.
Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
BBB: Siapakah yang bakal mewarisi kehebatan Datuk Nicol David selepas ini? Itulah perkara yang selalu kita fikirkan. Fikir-fikirkan dan selamat berfikir.
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment