WELLINGTON - Seramai 11 orang termasuk lima pasangan maut apabila belon udara panas yang mereka naiki terbakar, dipercayai selepas terlanggar tiang elektrik di kawasan pedalaman New Zealand, awal pagi tadi.
Mangsa terdiri daripada lima pasangan pelancong, berasal dari kawasan Wellington, kira-kira 150 kilometer ke selatan kawasan kejadian.
Pengendali belon juga terbunuh dalam nahas itu. Beberapa mayat mangsa didapati terbakar teruk.
Tiada seorang pun yang menaiki belon itu terselamat.
Insiden hari ini dilaporkan terburuk dalam sejarah nahas udara New Zealand dalam lima dekad ini.
Pada tahun 1979, pesawat pelancongan Air New Zealand terhempas di kawasan Gunung Erebus di Antarctica, menyebabkan kesemua 258 terbunuh.
Laporan-laporan media menyebut dua daripada mangsa melompat keluar daripada bakul belon kerana terdesak sebelum belon yang marak dengan api itu terjatuh di tanah ladang.
Belon itu terhempas berdekatan bandar Carterton, wilayah yang terkenal dengan belon udara panas.
Dipetik AP dan laporan CNN, Komander Polis Wilayah Wellington, Superitendan Mike Rusbatch berkata, kebakaran dipercayai bermula ketika belon udara itu sedang bergerak dan tidak diketahui punca sebenar yang menyebabkannya terbakar, meskipun saksi mendakwa ia terlanggar tiang elektrik.
"Ia memang satu insiden yang tragis," kata Rusbatch.
Cuaca kemungkinan besar bukan disebabkan faktor, kata Jill Stringer, seorang jurucakap Lembaga Kesihatan Daerah Wairarapa.
"Cuaca sebelah pagi tadi sangat cerah," katanya lagi.
Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment