
Pages
Iklan TV Blog Berita Benar!
Sunday, December 18, 2011
Salji Turun di Google Hari Ini

Balu Boleh Sewel Jika Tiada Kekasih (Berita Harian)
FAM Ada Sebab Jangka Panjang (Berita Harian)

Kita perlu terima mereka dengan tangan terbuka kerana melalui penyertaan Singapura, kita akan mendapat pelbagai faedah dalam pembangunan bola sepak negara terutama dari segi pendedahan, pengalaman dan kualiti permainan. - Datuk Razali Ibrahim
Mampu Bawa Beban 5kg (myMetro)

AKSESORI beg kepada wanita ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Tanpa aksesori ini, gaya wanita kelihatan canggung dan hilang serinya.
Penggayaan beg kian dipengaruhi oleh fesyen terkini, mudah berkembang daripada segi fungsi hinggalah kepada cara pemakaiannya sama ada disandang, dijinjing mahupun dibimbit.
Melihat kepada permintaan meluas, selaku pereka dan pengasas produk beg berkenaan, Emmy Tan mengetengahkan koleksi beg buatan tangannya dengan keunikan tersendiri.
Tonton Drama Korea Percuma di Blog (myMetro)

SESUATU yang berbaloi apabila peminat tegar drama Korea (Korea Selatan) boleh muat turun di laman web bagi menikmati siarannya walaupun terpaksa berperap lama semata-mata berkongsi rasa seronok dengan apa ditontonnya.
Pengalaman menonton drama Four Season Drama Art Gallery (Four Season), Coffee Prince Cafe, Snow Queen, Autum, Hello My Lady, Still Marry Me, Princess Man (sekadar menyebut beberapa nama) antara drama yang menjadi kegilaan ramai peminat drama itu di negara ini dan mencetus fenomena tersendiri.
Melihat kecenderungan itu mendorong syarikat PlayTV Asia Sdn Bhd menerusi Maaduu.com menyiarkan drama Korea yang boleh ditonton melalui blog secara percuma.
MU Mahu Tiga Mata (myMetro)

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson mendakwa fikirannya hanya tertumpu kepada bagaimana untuk mencari tiga mata apabila Manchester United berkunjung ke QPR malam ini.
United menang lima daripada enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris sejak diaibkan 1-6 kepada Manchester City, Oktober lalu.
Mayat Bayi Dijumpai Dalam Kotak di Kawasan Pelupusan Sampah di Machang (myMetro)

MACHANG: Mayat seorang bayi lelaki, yang dibungkus dan diletakkan dalam sebuah kotak, ditemui di kawasan pelupusan sampah di Bukit Tajol, Banggol Judah di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Machang, DSP Che Malek Bedut berkata mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui beberapa pekerja pemungut sampah pada pukul 1.15 petang ini.
Tangguh Program Nuklear (myMetro)

SEOUL: Korea Utara bersetuju untuk menggantung program pengayaan senjata nuklear-uranium dijalankannya, manakala Amerika Syarikat menuntut supaya rundingan pelucutan senjata diadakan semula, lapor berita, semalam.
Agensi berita Yonhap dan Chosun Ilbo memetik kenyataan sumber diplomatik sebagai berkata, Washington bersetuju untuk membekalkan Korea Utara dengan 240,000 tan bantuan makanan. Pyongyang bersetuju ‘untuk melaksanakan langkah awal proses menghentikan rancangan nuklear termasuk menggantung program pengayaan uranium dijalankan,” kata kenyataan dikeluarkan Yonhap.
Saya Berminat Berlakon Filem Aksi Bersama Beckham Kata Tom Cruise (myMetro)

LOS ANGELES: Aktor Tom Cruise berkata, dia menyimpan hasrat untuk berlakon dengan bintang bola sepak ternama, David Beckham.
Cruise berkata demikian ketika tayangan perdana filem terbarunya, Mission: Impossible - Ghost Protocol, baru-baru ini.
“Saya berminat untuk berlakon filem aksi bersama Beckham. Ia pasti hebat dan saya pasti dia boleh berlakon dengan baik,” katanya.
Bagaimanapun, Cruise inginkan sesuatu sebagai pertukaran untuk Beckham bertukar kerjaya.
“Beckham perlu mengajar saya bermain bola sepak dulu sebelum dia berlakon,” katanya sambil bercanda. -CN
Sumber (Kopi Pasta): myMetro
PKR Dedah Pautan Bantuan Bank Dunia Pada Dr M (Malaysia Kini)

PKR hari ini terus mempertahankan pendiriannya bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah terlibat dengan bantuan Bank Dunia semasa era pemerintahannya.
Dalam kenyataan hari ini, parti itu malah mendedahkan pautan ke laman Bank Dunia yang dikatakan "jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia".
Kedua-dua pautan ituboleh dilayari di alamathttp://go.worldbank.org/U29R77EBX0 danhttp://www.worldbank.org/projects/searchlang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=.
"Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Tun Dr Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu," demikian menurut kenyataan itu.
Dr Mahathir semalam mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikannya pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.
Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.
Sehubungan itu, PKR dalam jawapan balasnya itu turut membangkitkan isu lain membabitkan kepentingan dalam syarikat arak.
"Sewajarnya sebelum mantan perdana menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel," katanya.
Sumber (Kopi Pasta): Malaysia Kini
