THIERRY Henry kembali ke Arsenal pada malam Isnin lalu. Peminat di seluruh dunia meraikan jaringannya ke atas Leeds dan legenda Arsenal itu kembali menjadi topik perbincangan bola sepak dunia.
Kelab itu dan penyokongnya cukup teruja dengan tawaran pinjaman yang membawanya kembali ke London dari New York Red Bulls.
Begitupun, bagaimana pula penerimaan Red Bulls, Major League Soccer (MSL) dan penyokong mereka mengenai pinjaman itu?
“Red Bulls berkata mereka selesa dengan tawaran itu,” kata wartawan, Michael Fensom dari akhbar Star-Ledger di New Jersey. “Pengurus Besar/Pengarah Sukan, Erik Soler, berkata dia tiada masalah dan saya fikir ahli kelab juga menerimanya.
Selepas tawaran pinjaman itu disempurnakan, Soler memberitahu New York Post, “Anda perlu pergi ke Arsenal untuk memahami betapa bermakna pemain itu kepada semua orang di kelab itu dan di luarnya.
“Kami fikir ia satu penghormatan buat pemain yang sudah bersama kami selama 18 bulan. Ia sesuatu yang ingin dia lakukan dan kita boleh melihatnya.”
“Dari aspek sukan, adalah lebih baik baginya untuk berlatih di Arsenal daripada kami terus menolaknya. Saya tidak dapat mencari alasan untuk berkata tidak.”
Nampaknya, liga berkenaan juga tidak berdepan masalah dengan perpindahan itu.
“Ia sesuatu yang bagus buat MLS,” kata Fenson. “Ketika ini di England, Red Bulls dinyatakan setiap kali nama Thierry Henry disebut. Ini adalah sesuatu yang bagus.
“Satu daripada sebab mengapa Red Bulls pergi ke Piala Emirates tahun lalu dan meletakkan ia dalam jadual mereka adalah kerana mereka mahu mempromosi kelab itu. Mereka mahu menjadikannya satu jenama antarabangsa. Tindakan ini akan membantu mereka.
Masalah utama yang dihadapi Red Bulls adalah Henry akan kembali ke kem latihan di New York, Februari ini tetapi ia bukan kerana mereka fikir pemain Perancis itu perlu meningkatkan kecergasannya tetapi sama ada dia mampu mengikuti jadual padat dengan beraksi di kedua-dua pasukan.
“Dari aspek sukan, kedua-duanya iaitu jurulatih, Hans Backe dan saya sendiri fikir ia satu idea yang bagus,” kata Soler.
“Thierry akan bekerja keras. Dia akan mengikuti jelajah di Phoenix. Dia akan hadir selepas berlatih dan bermain dengan Arsenal dan ia sesuatu yang baik buat kami.
“Pada akhirnya, bagi kami ia satu idea yang bagus.”
Menurut Fensom, dari sudut peminat pula, reaksi yang diberikan terhadap tawaran pinjaman itu bercampur baur tetapi lebih ramai bersetuju berbanding tidak.
“Ramai di kalangan peminat Red Bulls turut meminati Arsenal. Mereka suka apa yang dilakukan Thierry malam Isnin lalu dan berharap dia dapat bermain di stadium mereka Jun ini.
“Mereka yang mengetahui mengenai sukan dan peminat sukan menyedari ia situasi istimewa serta kedudukan Arsenal yang terlalu istimewa buat pemain itu.”
Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment