Penggantungan Penyerang Liverpool, Luis Suarez mengejutkan bola sepak dunia tetapi ramai lagi pemain dan pengurus yang dikenakan hukuman Persatuan Bola Sepak Inggeris
KOLO TOURE - 2011
Pertahanan Manchester City itu didenda dengan bayaran enam minggu gaji, sekitar 720,000 (RM3.58 juta) selepas siasatan kelab terhadap penggantungan enam bulan akibat dadah. City mendapati bekas kapten kelab itu bersalah.KOLO TOURE - 2011
Toure digantung enam bulan selepas pemain Ivory Coast itu disahkan positif mengambil bahan terlarang.
BEN THATCHER - 2006
Pertahanan Manchester City itu digantung lapan perlawanan oleh FA Inggeris dengan tambahan 15 perlawanan lagi selepas insiden yang menyebabkan Pedro Mendes tidak sedarkan diri.
Terjahan Thatcher itu menyebabkan Portsmouth dikejarkan ke hospital. City turut menggantung enam perlawanan terhadapnya dan mendendanya dengan nilai enam minggu gaji.
RIO FERDINAND - 2003
Pemain Manchester United itu digantung lapan bulan pada Disember 2003 selepas gagal dalam ujian dadah pada September tahun sama.
Hukuman itu menyebabkan pertahanan itu tidak dapat beraksi dalam separuh kedua kempen United dalam Liga Perdana Inggeris dan Euro 2004 mewakili England.
JOHN MACKIE - 2003
Pertahanan Reading, Mackie digantung tiga perlawanan dan tambahan lima perlawanan lagi serta didenda 3,000 (RM14,922) kerana membuat komen berunsur perkauman terhadap penyerang Sheffield United, Carl Asaba. Dia menderma gaji selama dua minggu kepada pertubuhan Kick Racism Out of Football
ERIC CANTONA - 1995
Pemain Perancis itu menyerang Matthew Simmons di Selhurst Park pada Januari 1995, selepas dikecam dari tempat duduk penyokong selepas dibuang padang.
Dia kemudiannya digantung sembilan bulan daripada aksi perlawanan seluruh dunia dan kerja komuniti selama 120 jam.
ROY KEANE - 2002
Pemain tengah Manchester United digantung lima minggu serta denda 150,000 (RM746,092) pada Oktober 2002 berikutan komen terhadap Alfie Haaland dalam autobiografi penuh kontroversi bertajuk Keane: The Autobiography.
LUIS SUAREZ - 2011
Penyerang Liverpool itu digantung lapan perlawanan kerana melakukan kecaman berbentuk perkauman terhadap pertahanan Manchester United, Patrice Evra.
Suarez, yang berulang kali menafikan dakwaan itu turut didenda 40,000 (RM198,836) selepas suruhanjaya tatatertib berkecuali mendapatinya bersalah kerana mengecam Evra pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, Oktober lalu.
LUIS ARAGONES - 2005
Jurulatih Sepanyol, Luis Aragones begitupun hanya didenda 2,000 (RM9,941) oleh Persekutuan Bola Sepak Sepanyol kerana membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap Thierry Henry. Jurulatih berkenaan dijangka didenda 22,000 (RM109,211) atau mungkin kehilangan kerjanya. Denda berkenaan setara dengan nilai gaji sehari.
Jurulatih berkenaan bagaimanapun membuat rayuan dan menang pada 2007.
Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment