SHAH ALAM - Sempena Karnival Karangkraf 2012 pada 27 hingga 29 Januari 2012 nanti , Sinar Harian bekerjasama dengan R&D Engineering Services, mempamerkan teknologi permotoran dan akan memberi peluang kepada pengunjung merasai dan mendekati kereta lumba terpantas semasa karnival.
Kerjasama ini adalah sebahagian usaha untuk memberi pendidikan tidak formal, berkenaan selok-belok kereta lumba terpantas.
Pertandingan F1 simulator dan pameran kereta terpantas dapat disaksikan dan disertai oleh semua pengunjung karnival.
Menurut Pengarah Urusan R & D Engineering Services, Param, yang juga seorang pelumba kereta, kerjasama dijalin adalah salah satu cara memberikan pendedahan berkenaan aspek permotoran dan perlumbaan kereta laju.
“Pendedahan dan pendidikan melalui media seperti Sinar Harian dan majalah terbitan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, akan memudahkan ilmu ini disampaikan secara santai.
“Kami menyokong program kemasyarakatan seperti Karnival Karangkraf ini kerana ia adalah platform mendekatkan diri dengan masyarakat,” katanya.
Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment