BANDAR GAZA - Kumpulan pelampau Yahudi telah membuat onar dan bertindak biadab dengan menyerang sebuah lagi masjid di kampung Sahaba di Tebing Barat, kelmarin dan turut menconteng grafiti memaparkan sentimen anti-Arab yang kononnya diperjuangkan oleh mereka.
Datuk Bandar Bani Naim, Radwan Manasra berkata, kedudukan masjid itu yang terletak berhadapan dengan kawasan penempatan haram Yahudi di Pnei Haver mungkin menyebabkan ia menjadi objek vandalisme kumpulan pelampau tersebut.
“Ia adalah insiden serangan ketiga dilancarkan oleh pelampau Yahudi yang mahu menentang rancangan kerajaan untuk merobohkan penempatan haram dan dengan sengaja mereka merosakkan harta benda milik penduduk Palestin,” menurutnya.
Dalam satu kejadian berasingan, penyerang tidak dikenali turut bertindak di luar kawalan dengan membakar lima buah kereta di kampung Beitin, utara Ramallah.
Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, pihak berkuasa kini sedang memburu dalang (pelampau Yahudi) di sebalik beberapa siri serangan dan perbuatan vandalisme yang semakin berleluasa.
Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment