Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Wednesday, December 21, 2011

7 Pelancong Brunei Maut (Bernama)


TUARAN - Jumlah kematian dalam kemalangan bas ekspres yang membawa pelancong Brunei di sini, Rabu meningkat kepada tujuh.


Ketua Polis Tuaran DSP Zaharuddin Rasip berkata seorang daripada mangsa mati dalam perjalanan ke Hospital Tuaran, sementara tiga ketika menerima rawatan akibat kecederaaan parah di kepala dan badan.

Dua mati di tempat kemalangan akibat mangsa tersepit dalam bas, kata beliau.

Mayat-mayat mangsa dan tujuh yang cedera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

Kemalangan itu berlaku apabila pemandu bas itu, dipercayai hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam lalu melanggari sebatang pokok besar di KM8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan pada kira-kira 3.05 petang.

Bas itu membawa 40 pelancong warga Brunei berumur 50 tahun ke atas. Hari ini, seorang lagi mangsa meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu selepas dirawat selama sehari dan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada tujuh orang.

Zaharuddin berkata kumpulan itu berada di Sabah sejak 16 Dis.

Mereka dijadual pulang ke Brunei esok (hari ini), kata beliau.

-- BERNAMA

Sumber (Kopi Pasta): Bernama
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...