Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, December 17, 2011

Harimau Muda Penyeri Liga S (myMetro)


Khairul Fahmi (kapten) bersama barisan skuad Harimau Muda Malaysia


KEHADIRAN Harimau Muda A yang gah dengan reputasi selaku juara Sukan Sea Indonesia dalam kancah Liga Singapura (Liga S) tahun depan amat dinantikan 11 lagi kelab yang bersaing dalam liga itu.
Ternyata penyertaan kali pertama pasukan Malaysia ke Liga S bakal menyuntik elemen baru dalam liga negara jiran itu yang beberapa tahun kebelakangan ini dikatakan gagal menarik perhatian penonton ke stadium.


Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Winston Lee, biarpun Harimau Muda A hanya dibarisi pemain bawah 22 tahun, aksi mereka tunjukkan ketika mempertahankan pingat emas di Jakarta bulan lalu membuktikan mereka pasukan yang perlu diberi perhatian.

“Liga S akan semakin menarik dengan penyertaan Harimau Muda A. Harimau Muda A pasukan menjuarai dua kali pingat emas Sukan Sea dan semestinya mereka pasukan yang bagus,” katanya ketika ditemui pada Majlis Taklimat Liga M 2012 di Shah Alam baru-baru ini.

Penyertaan Harimau Muda A ke liga itu direalisasikan menerusi kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan FAS yang turut menyaksikan pertukaran pasukan Lions XII ke dalam Liga Malaysia tahun depan.


Biarpun Lions XII turut dibarisi 10 pemain berusia lebih 23 tahun, namun jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee tetap memilih barisan 100 peratus pemain muda dalam usahanya membentuk pasukan ke kejohanan Piala AFC 2012, Sukan Sea Myanmar 2013 dan Sukan Asia Incheon 2014.

Buat masa ini Liga S membabitkan 12 pasukan kesemuanya yang turut disertai dua kelab dua negara, Albirex Niigata FC (Jepun) dan Etoile FC (Perancis) dengan Tampines Rovers muncul juara tahun lalu.

Bagi Winston Lee, isu Lions XII yang dibimbing bekas pemain kebangsaan, V Sundramoorthy menurunkan pemain lebih umur tidak sepatutnya dipersoalkan kerana Harimau Muda A juga boleh berbuat demikian.

“Perkara ini tidak melanggar syarat perjanjian kerjasama kerana pasukan Harimau Muda A juga boleh menukar pemain pada bila-bila masa, mereka juga boleh menggunakan pemain import jika mahu,” katanya.

Mengikut perjanjian FAM dan FAS, Harimau Muda A dan Lions XII akan beraksi sehingga 2016 dan kedua-dua pasukan itu akan dikecualikan daripada penyingkiran.


Harimau Muda A akan memulakan kempen Liga S Januari depan dan akan turut beraksi merebut Piala Singapura dan Piala Liga S.



Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...