VILLA (dua dari kiri) berbual dengan rakan sepasukan di hotel penginapan mereka di Yokohama, kelmarin.
YOKOHAMA: Kejayaan Barcelona mara ke final Piala Kelab Dunia 2011 bertemu kelab Brazil, Santos, petang esok terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila penyerangnya, David Villa terpaksa berehat lima bulan.
Villa mengalami kecederaan patah kaki pada penghujung babak pertama ketika mereka membelasah kelab Qatar, Al Sadd 4-0 pada aksi separuh akhir, kelmarin dan pengurus Barcelona, Pep Guardiola menggesa para pemainnya kembali fokus.

Pemain tengah, Javier Mascherano dan penyerang yang masuk menggantikan Villa, Alexis Sanchez turut mengalami kecederaan kecil pada perlawanan terbabit.
“Villa seorang yang cukup popular di bilik persalinan dan seorang yang sensitif. Jadi pemain lain turut kecewa dengan apa yang menimpanya. Ia membuatkan semua berasa pedih, sedih dan kosong.
“Semua pemain meletakkan diri mereka di tempat Villa dan turut merasai kesakitannya,” kata Guardiola.
Namun pengendali itu enggan dikaitkan dengan sebarang pembelian penyerang baru termasuk kapten Arsenal, Robin van Persie kerana baginya ini bukanlah masa sesuai untuk membicarakannya.
Ditanya mengenai pertemuan dengan Santos, Guardiola tetap bimbang dan berkata: “Mereka sebuah kelab yang bersejarah, pernah membariskan nama-nama besar seperti Pele. Kami bertuah dapat bertemu mereka di final.”
Sementara itu, kapten Barcelona, Carles Puyol berkata, kelibat Neymar pasti menjadi tumpuan selepas penyerang Santos itu cuba dibandingkan dengan bintang Barcelona, Lionel Messi.
“Saya cukup teruja dengan final kali ini yang menemukan dua pasukan hebat. Semua berbicara mengenai Neymar tetapi ramai lagi pemain mereka yang hebat,” kata Puyol. - AFP

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment