PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS), sedia membantu bekas penyerangnya, Safee Sali sekiranya kejohanan Liga Super Indonesia (ISL) diharamkan secara sah oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).
Berang dengan kontroversi yang masih tidak sahih itu, Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan pihaknya tidak akan membiarkan bekas penyerang sensasi Selangor itu bermain dalam liga yang tidak diiktiraf.“Kami akan sentiasa memantau perkembangan mengenai isu ini dari semasa ke semasa dan setakat ini status mengenai ISL mahupun Pelita Jaya masih belum diharamkan.
“Saya turut difahamkan pihak pimpinan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), akan cuba menyelesaikan segala kekusutan ini dalam tempoh seminggu hingga dua minggu lagi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Tidak mahu mana-mana pihak terus mempercayai khabar angin, Hamidin berkata, Safee turut memberi jaminan akan memastikan masalah ini tidak menghalangnya untuk bermain dalam skuad kebangsaan.
“Itu menjadi keutamaannya dan sekiranya masalah ini masih tidak dapat diatasi, beliau mungkin akan berpindah ke kelab lain atau kembali bermain dengan pasukan negara ini.
“Pasukan Selangor juga sedia untuk menerima Safee kembali bermain bersama kami,” katanya.
Safee yang mengikat kontrak bersama Pelita Jaya pada Februari lalu, mungkin tidak dapat bermain mewakili skuad negara sekiranya ISL diharamkan.
Kontroversi yang rancak diperkatakan kalangan media Indonesia mendakwa Fifa tidak mengiktiraf liga tersebut yang menyebabkan status haram kepada semua pemain, pegawai dan pengadil yang terlibat de-ngan ISL.
Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment